Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pari-pari (kata nama)
Bersinonim dengan dewa perempuan, yang-yang, roh yang dipuja.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CERITA PARI-PARICerita pari-pari ialah cerita luar biasa yang penuh dengan unsur khayalan..SASTERAKarya
ANDERSEN, HANS CHRISTIAN

Andersen, Hans Christian (1805-1875), penulis cerita rakyat dan cerita pari-pari Denmark. Beliau lahir pada 2 April 1805 di Odense, Pulau Flyn, Denmark.

SASTERATokoh
NIX

Nix ialah nama pari-pari air dalam cerita rakyat

Jerman. Nix adalah orang kerdil yang berambut

perang dan bergigi hijau, dan mereka hidup di

dalam tasik dan sungai. Nix amat menggemari

muzik dan menari, dan kadangkala menjemput

manusia menghadiri perayaan mereka. Mereka

dikatakan muncul sebelum seseorang mati lemas.

UMUM 
PANTOMIM

Pantomim ialah sejenis hiburan tradisi pada Hari

Krismas di kepulauan Britain. Pada asasnya,

pantomim pada Hari Krismas mengisahkan cerita

pari-pari (cerita dongeng) seperti Cinderella, atau

nyanyian tadika seperti Humpty Dumpty.

UMUM 
ORANG BUNIAN

Orang bunian ialah makhluk khayalan. Dalam

sesetengah kebudayaan, orang bunian dikenal

sebagai pari-pari. Dalam kebanyakan cerita rakyat,

orang bunian ialah orang kenit. Walau

bagaimanapun, dalam beberapa kebudayaan

tradisi, saiz orang bunian sama seperti saiz

manusia.

UMUM 
BROWN, MARCIA JOAN

Brown, Marcia Joan (1918–       ) ialah ilustrator

buku kanak-kanak Amerika. Dia merupakan pelukis

pertama yang memenangi Caldecott Medal

sebanyak tiga kali. Dia memenangi pingat itu pada

tahun 1955 bagi Cinderella; or The Little Glass

Slipper (1954); pada tahun 1962 bagi Once a Mouse

(1961); dan pada tahun 1983 bagi Shadow (1982).

Brown menerima Regina Medal pada tahun 1977.

Dia mengilustrasi cerita pari-pari Hans Christian

Anderson The Steadfast Tin Soldier (1953). Dia

juga telah menyesuaikan dan mengilustrasi cerita

rakyat seperti Dick Whittington and His Cat (1950),

The Three Billy Goats Gruff (1957), dan Bun: A Tale

from Russia (1972). Brown lahir di Rochester, New

York, Amerika Syarikat. Dia menerima Laura Ingalls

Wilder Award pada tahun 1992.

UMUM 
LIPUR LARA

LIPUR LARA, sastera rakyat yang berbentuk roman. Cerita lipur lara dapat juga dikelompokkan ke dalam kategori cerita pari berdasarkan persamaan ciri-cirinya dengan fairy tale (Inggeris) atau marchen (Jerman). Di barat, sastera ini sering juga dikenal sebagai cerita magis (magic tale) kerana terdapatnya unsur magis di dalam ceritanya.

SASTERAKarya

Kembali ke atas