Sudetenland ialah satu kawasan yang terletak di cerun Pergunungan Sudeten. Ia terletak di Republik Czech, bersempadan dengan Bohemia, Moravia, dan Jerman. Pada suatu ketika dahulu, ramai orang Jerman yang tinggal di Sudetenland. Perjanjian Versailles dan St. Germain pada tahun 1919 menjadikan kawasan tersebut sebahagian daripada Czechoslovakia masa kini. Perjanjian Munich pada tahun 1938 menyerahkan kawasan tersebut dengan kawasan Czech yang lainnya kepada Jerman (lihat Perjanjian Munich). Pada tahun 1945, pihak Berikat mengembalikan semula Sudetenland kepada Czechoslovakia, dan penduduk Jerman disingkir dan digantikan dengan penduduk Czech dan Slovak. Pada tahun 1992, Czechoslovakia tidak lagi wujud dan negara-negara merdeka di Republik Czech dan Slovakia diwujudkan untuk menggantikannya. |