Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. membentuk: the river ~led a new course after the heavy rains, sungai itu membentuk alur baru selepas hujan lebat; 2. (fig.) menyalurkan: extra labour was ~led into the war industries, buruh tambahan disalurkan ke industri kelengkapan perang; to ~ his energies into st productive, menyalurkan tenaganya kpd sst yg menguntungkan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. broad strait connecting two seas, selat: the English C~, Selat Inggeris; 2. bed of stream, alur (sungai); 3. tubular passage for liquid, saluran; 4. navigable part of waterway, kawasan boleh lalu; 5. passage along which liquid flows, saluran; 6. agency, saluran: without going through the usual ~s, tanpa melalui saluran yg biasa; 7. (electr) rangkaian, saluran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata channel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEPULAUAN CHANNEL UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 
PORTSMOUTH

Portsmouth (pend. 174 700) ialah bandar dan

daerah kerajaan tempatan di selatan, England.

Untuk lokasinya lihat England (peta politik). Ia

adalah pelabuhan Selat Inggeris dan pusat tentera

laut yang menyediakan pelbagai kemudahan

pelabuhan. Kereta dan feri penumpang bergerak

dari Portsmouth ke pelabuhan Perancis, iaitu

Kepulauan Channel dan Isle of Wight.

Perkhidmatan hoverkraf turut disediakan untuk ke

Isle of Wight.

UMUM 

Kembali ke atas