Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chicago


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHICAGO UMUM 
INSTITUT KESENIAN CHICAGO UMUM 
ROOT, JOHN WELLBORN

Root, John Wellborn (1850–1891) ialah salah

seorang daripada arkitek Amerika yang terpenting di

Chicago School. Sekolah ini mempunyai sekumpulan

arkitek yang berpengaruh yang telah menjalani

latihan di Chicago pada akhir tahun 1800-an. Root

menjadi ketua dalam pembangunan estetik dan

teknikal bagi rekaan bangunan pejabat pencakar

langit.

UMUM 
ILLINOISIllinois ialah negeri di wilayah barat tengah
Amerika Syarikat. Hampir separuh daripada
penduduk Illinois tinggal di Chicago dan kawasan
di sekitaranya.
UMUMUmum
MEDILL, JOSEPH

Medill, Joseph (1823–1899), pejuang editor dan

penerbit Amerika yang menjadikan Chicago Tribune

salah sebuah akhbar yang paling berjaya di dunia.

UMUM 
ADDAMS, JANE

Addams, Jane (1860–1935) ialah pekerja sosial

dan humanis Amerika. Dia dan Ellen Gates Starr

mengasaskan Hull House di Chicago pada tahun

1889. Addams berkongsi Hadiah Novel Keamanan

tahun 1931 bersama-sama Nicholas Murray Butler.

UMUM 
ALGREN, NELSON

Algren, Nelson (1909–1981) ialah penulis

Amerika, dikenali kerana kisah fiksyennya

mengenai kehidupan yang ganas di kawasan

miskin bandar Chicago, pada tahun 1930-an dan

tahun 1940-an.

UMUM 
SPERRY, ELMER AMBROSE

Sperry, Elmer Ambrose (1860–1930) ialah ahli

sains, pencipta, dan pengusaha Amerika. Dia

paling terkenal dalam pembuatan giroskop untuk

penggunaan pelayaran (lihat Giroskop). Perusahaan

Sperry termasuklah membuat lampu arka di

Chicago, kereta api elektrik di Cleveland, Ohio, dan

giroskop di New York City.

UMUM 
COLLINS, JAMES T.

COLLINS, JAMES T. (1946-  ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Amerika. Dia lahir di Chicago, Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah James Thomas Collins. Collins memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang linguistik dari University of Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, Collins telah berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Linguistik) dari universiti yang sama.

          

BAHASATokoh
THURSTONE, LOUIS LEON

Thurstone, Louis Leon (1877–1955), ahli

psikologi Amerika, memainkan peranan utama

dalam perkembangan ujian psikologi. Satu

daripada kejayaannya yang penting ialah

penciptaan kaedah statistik yang membolehkan

pakar psikologi mengkaji sifat psikologi seseorang

seperti kebolehan dan keperibadian. Dengan

menggunakan kaedah ini terhadap hasil ujian

kecerdasan, Thurstone menetapkan bahawa

kecerdasan terdiri daripada beberapa kebolehan

yang berlainan, antaranya bakat berfikir dan

mengira. Thurstone lahir di Chicago. Dia memperoleh

ijazah Ph.D. dalam bidang psikologi dari University

of Chicago pada tahun 1917.

UMUM 
12

Kembali ke atas