Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. young human being, kanak-kanak: ~ren of the same age, kanak-kanak yg sebaya umurnya; ~ rearing, pemeliharaan kanak-kanak; ~ welfare, kebajikan kanak-kanak; 2. offspring, anak: the couple has two ~ren, pasangan itu mempunyai dua orang anak; 3. unborn baby, anak; be with ~, mengandung, hamil. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata child


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPOCK, BENJAMIN MCLANE

Spock, Benjamin McLane (1903–1998), doktor

Amerika, menjadi masyhur kerana bukunya tentang

penjagaan kanak-kanak. Bukunya yang paling

terkenal Common Sense Book of Baby and Child

Care (1946) telah diterjemahkan ke dalam lebih

daripada 25 bahasa. Untuk edisi kemudiannya,

tajuk buku ini dipendekkan kepada Baby and Child

Care. Bukunya yang lain termasuk Feeding Your

Baby and Child (1955), Baby’s First Year (1955), Dr.

Spock Talks with Mothers (1961), Problems of

Parents (1962), dan Caring for Your Disabled Child

(1965).

UMUM 
SUNGAI LIMPOPO

Sungai Limpopo ialah sungai utama yang

mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika

(lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai

Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan

memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika

Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum

menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan

Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai

tersebut dalam ceritanya, “The Elephants Child”,

sebagai “Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau

dan berminyak”. Ia juga dikenali sebagai Sungai

Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai

ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut.

Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah

daripada lelehan air yang sedikit pada musim

kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada

musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama

Sungai Limpopo.

UMUM 
STEVENSON, ROBERT LOUIS

Stevenson, Robert Louis (1850–1894) ialah

novelis, penulis esei, dan penyair Scotland yang

menjadi salah seorang penulis yang paling terkenal

di dunia. Cerita pengembaraannya seperti Treasure

Island dan Kidnapped sudah lama menjadi

kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Esei dan buku kembaranya dianggap sebagai model

gaya prosa Inggeris yang sofistikated, manakala

puisinya yang lembut dan mudah seperti A Child’s

Garden of Verses merupakan karya yang terbaik

dalam sastera kanak-kanak.

UMUM 

Kembali ke atas