CHURCHILL, ODETTE | ialah perisik Inggeris kelahiran Perancis semasa Perang Dunia | UMUM | Umum |
CHURCHILL, SIR WINSTON | | UMUM | |
CHURCHILL, LORD RANDOLPH | ialah ahli politik Konservatif British dan bapa kepada Sir Winston Churchill, perdana menteri Great Britain semasa Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | Umum |
TABIR BESI | Tabir Besi, adalah suatu frasa yang dipopularkan oleh Sir Winston Churchill pada tahun 1940-an. Frasa ini merujuk kepada dasar pemencilan Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia II. Kesatuan Soviet mengenakan sekatan perdagangan dan penapisan yang tegar sehingga menyekat negara tersebut dan negara “satelit” Eropah Timurnya daripada dunia luar. | UMUM | |
ATLANTIC CHARTER | Atlantic Charter (Piagam Atlantik) menyatakan tujuan Amerika Syarikat dan Great Britain selepas Perang Dunia II. Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill menerima pakai perisytiharan ini pada bulan Ogos 1941 dalam satu persidangan di atas kapal dekat pantai provinsi Newfoundland, Kanada. Teks lengkap piagam ini diberikan di bawah. | UMUM | |
PERSIDANGAN TEHRAN | Persidangan Tehran ialah mesyuarat pertama pemimpin utama negara Berikat semasa Perang Dunia II. Pemimpin-pemimpin ini dikenali sebagai Tiga Kuasa Besar, iaitu Perdana Menteri Great Britain , Winston Churchill; Presiden Amerika Syarikat, Franklin Delano Roosevelt; dan Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Mesyuarat ini juga ialah persidangan kemuncak yang pertama melibatkan ketua-ketua Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan dari 28 November hingga 1 Disember 1943, di Tehran, ibu negara Iran. | UMUM | |
SMITH, WILLIAM | Smith, William (1769–1839) ialah ahli geologi dan jurutera British yang menemui cara untuk mengenal pasti pembentukan batuan daripada fosilnya. Dia juga menerbitkan peta geologi England dan Wales yang pertama. Smith lahir di Churchill, Oxfordshire, England. Dia belajar sendiri ilmu kejuruteraan dan geologi. Dia mula bekerja sebagai pembantu juruukur dan menjadi jurutera terusan dan saliran. Smith mengumpulkan fosil, mengkaji batuan dan menyusunnya mengikut usia. Dia menerbitkan Geological Map of England and Wales, with part of Scotland pada tahun 1815. | UMUM | |
PERSIDANGAN YALTA | Persidangan Yalta ialah salah satu mesyuarat yang paling penting bagi para pemimpin utama pihak Bersekutu semasa Perang Dunia II (1939–1945). Pemimpin ini terdiri daripada Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Winston Churchill dari Great Britain, dan Perdana Menteri Joseph Stalin dari Kesatuan Soviet. Negara- negara tersebut dikenali sebagai “ Tiga Kuasa Besar”. Rundingan itu diadakan di Yalta, tempat peranginan Laut Hitam yang terkenal di Krimea, dari 4 hingga 11 Februari 1945. | UMUM | |
PERSIDANGAN POTSDAM | Persidangan Potsdam ialah perjumpaan terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II (1939–1945). Persidangan tersebut diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang berakhir pada 2 Ogos 1945. | UMUM | |
ATHLONE, EARL OF | Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga diraja Britain dan seorang pegawai tentera, berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya untuk mengekalkan peranan Kanada semasa Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan 1944, dia menjemput Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill untuk menghadiri dua persidangan masa perang yang bersejarah di kediamannya di Quebec. | UMUM | |