Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi kecik (kecil): pak ~ a) bapa saudara yg muda sekali; b) panggilan yg biasanya digunakan oleh kanak-kanak (kpd bapa kawannya atau orang yg sebaya dgn bapanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : singkatan bagi encik (biasanya digunakan sebelum nama perempuan yg belum berkah­win atau sewaktu bercakap dgn perempuan atau lelaki yg tidak begitu dikenali): C~ Aminah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn tahi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kep encik (panggilan kpd orang laki-laki atau perempuan yg sederhana kedudukannya atau tidak dikenali): ~ Ali; ~ Munah. 2 kep kecil: pak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CIK SITI WAN KEMBANG

CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL SASTERAKarya
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG

PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu.  Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17.  Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu.

BUDAYAPakaian
PUTERI SA'ADONG

Puteri Sa’adong ( ? - ? ) ialah isteri kepada

Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3

iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan,

pada abad yang ke-17. Puteri Sa’adong adalah

puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang

memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri

Sa’adong tersebar luas hingga ke negeri

Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu

negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan

Kembang yang berpusat di Gunung Chinta

Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Sa’adong yang juga

dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan

anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang.

UMUM 
PERADUAN MENGARANG CERPEN

PERADUAN MENGARANG CERPEN, peraduan menulis genre cerpen. Peraduan mengarang cerpen bermula pada tahun 1949 apabila Jawatankuasa Khutub-khanah UMNO, Johor Bahru menganjurkan peraduan ini. Pemenang utama pertama ialah Wan Cik Abdullah dengan cerpen “Cinta Terbelai”, pemenang utama kedua ialah Siti Aishah Perak dengan cerpen “Pembalasannya” dan pemenang ketiga utama ialah Jamil Sulong dengan cerpen “Kalau Dah Cinta”. Peraduan mengarang cerpen ini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada penaja, penganjur dan pengarang sepanjang dekad 1950-an. Fenomena ini berterusan hingga ke dekad 1990-an, walaupun ada kalanya penaja dan penganjur menggunakan istilah ’sayembara’ penulisan cerpen.

SASTERAKonsep
TUK BACHOKTUK BACHOK (1868-1953), ulama dan pendakwah.  Dia lahir di Kampung Tuk Burung, Bachok, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Othman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahab.  Dia menerima pendidikan awal daripada ayahnya.  Sewaktu umurnya meningkat belasan tahun, dia dihantar belajar di Kota Baharu, berguru kepada Pak Cik Musa dan Haji Daud Husin Kampung Menuang (Haji Daud Kechik).  Selepas beberapa tahun di Kota Baharu, dia menyambung pengajian agamanya di Pondok Kuala Bekah, Patani.  Semasa di sini, dia bertemu dan bersahabat dengan Tuk Selehor yang kemudiannya menjadi ulama terkenal.  Guru mereka di pondok ini bernama Haji Abdul Rashid.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDULLAH C.D.ABDULLAH C.D. (1923 - ), ahli politik kiri dan anggota Parti Komunis Malaya (PKM). Dia lahir di Lambur Kiri, Parit, Perak. Nama sebenarnya ialah Cik Dat bin Anjang Abdullah. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
NOORDIN HASSANNOORDIN HASSAN, Datuk ( 1929 -     ), penulis dan Sasterawan Negara yang ketujuh (1993). Dia lahir pada 18 Januari 1929 di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Dia juga menggunakan nama samaran Mukhlis. Bapanya, Hassan Aluih Pak Cik Kaya ialah seorang tokoh boria. Ibunya pula, Hajibee binti Ismail ialah seorang yang amat mementingkan pendidikan agama.

 

SASTERATokoh
PAWANG ANA

PAWANG ANA ( ? -? ), penglipur lara Melayu pada abad ke-19.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Pawang Ana berasal dari Perak.  Dia ialah bapa mentua Mir Hassan, juga seorang penglipur lara.  Cerita-cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana dikumpul pada akhir abad ke-19 oleh R.O. Winstedt, seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu.  Usaha pencatatan cerita-cerita ini dilakukan oleh Raja Haji Yahya dari Cendering, Perak.  Antara cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana termasuklah Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.

SASTERATokoh
SULTAN YAHYA PETRAKapsyen          :           Sultan Yahya Petra

 

SULTAN YAHYA PETRA (1917-1979),  Sultan Kelantan yang ke-11. Baginda diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan.  Baginda adalah putera kedua kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhamad IV dengan Cik Embong Haji Laut.  Baginda adalah raja pemerintah Kelantan daripada kerabat diraja keturunan Long Yunus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas