Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.li] | چيلي

Definisi : cabai, lada, Capsicum spp; mencili bp menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pd mulut seseorang: dah dicilinya mulut anaknya yg celopar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.li] | چيلي

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya berasa pedas); cabai; lada, Capsicum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cili

Puisi
 

Buah berangan masaknya merah,
     Lada cili dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
     Luka di hati sahabat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil anak harimau.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINGGANG

SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah.  Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung.  Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk.  Singgang juga disebut sebagai pindang.

BUDAYAMakanan
SAMBAL

SAMBAL,  makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili.  Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah.  Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat,  sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari.  Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng.

BUDAYAMakanan
SATE

SATE, makanan tradisional yang diperbuat daripada daging, ayam atau perut lembu yang dipotong kecil-kecil, dicucuk ke lidi dan dipanggang.  Sate dimakan dengan kuah yang dimasak daripada kacang tanah bercampur cili, rempah-rempah, gula dan asam.

BUDAYAMakanan
LAKSA

LAKSA, mi kasar yang diperbuat daripada tepung beras. Laksa yang dicelur, dimakan bersama-sama hirisan timun, ulam, cili, bawang besar dan kuah. Kuah laksa diperbuat daripada isi ikan dan dimasak asam atau lemak

BUDAYAKonsep
KERABU

KERABU, makanan yang diperbuat daripada hirisan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dicampur dengan kerisik, bawang, udang, cili, asam dan garam.

BUDAYAMakanan
ULAMULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan.  Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’.  Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk.  Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam.  Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung.BUDAYAMakanan
SERUNDING

SERUNDING, makanan yang diperbuat daripada kelapa bercampur daging atau ikan yang dimasak bersama-sama rempah.  Masakan ini halus, kering dan berderai.  Bahan utama untuk membuat serunding ialah kelapa yang diparut halus.  Kelapa ini dimasak bersama-sama daging yang telah disiat-siat atau bahan-bahan campuran lain serta rempah-rempat seperti ketumbar, jintan, bawang, cili kering, lengkuas, serai dan halia.  Bahan-bahan ini dimasak selama tiga atau empat jam sehingga betul-betul kering.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas