DE FOREST, LEE | De Forest, Lee (1873–1961) ialah pencipta Amerika yang mempelopori telegraf wayarles dan penyiaran radio. Dia memperoleh paten untuk lebih daripada 300 ciptaan. Dia mempatenkan tiub vakum yang dikenali sebagai triod atau audion, pada tahun 1907. Ciptaan ini dianggap sama penting dengan ciptaan radio itu sendiri (lihat Tiub vakum). | UMUM | |
MICHELANGELO | Michelangelo (1475–1564) ialah salah seorang daripada pelukis yang paling terkenal dalam sejarah. Dia mempunyai minat yang mendalam khususnya dalam bidang ciptaan patung marmar yang besar, tetapi daya usaha kreatifnya yang tidak berkesudahan itu juga telah menyebabkan Michelangelo menjadi seorang pelukis, arkitek dan penyair yang unggul. Dia juga seorang daripada yang paling terkenal pada zamannya, di samping pemimpin Renaissance Itali yang hebat, satu tempoh kelahiran semula minat dalam seni lukis dan pembelajaran tentang Yunani dan Rom purba. | UMUM | |
SURAH FATIR | Surah Fatir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-35 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 45 ayat. Surah ini di namakan Fatir kerana disebut dalam satu ayat dalam surah ini. Ia adalah satu sifat yang menggambarkan keindahan dan keanggunan ciptaan Allah S.W.T. serta reka bentuk yang tiada tandingan. Malah secara tidak langsung menunjukkan keunggulan dan kehebatan kuasa Allah S.W.T. serta keelokan ciptaan alam-Nya. | UMUM | |
ANUGERAH SENIMAN NEGARA | Anugerah Seniman Negara ialah penghargaan dan penghormatan kerajaan Malaysia kepada seseorang yang telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Antara yang diambil kira ialah sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. | UMUM | |
MUZIK POPULAR | Muzik popular ialah muzik yang mendapat tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah ini sering digunakan untuk membezakannya daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang agak rumit dipersembahkan oleh pemain instrumental solo, kuartet bertali, orkestra simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang merasakan bahawa muzik popular mudah dan menghiburkan sementara muzik klasik pula serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney, adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta pendengar. Malah sesetengah muzik klasik seperti beberapa karya piano Chopin telah diadaptasikan sebagai lagu popular. | UMUM | |
MELVILLE, HERMAN | Melville, Herman (1819–1891), salah seorang pengarang utama Amerika. Dia mengarang Moby- Dick , salah sebuah novel agung dalam kesusasteraan, dan reputasi Melville, terletak pada buku ini. Walau bagaimanapun, banyak karyanya yang lain merupakan ciptaan kesusasteraan yang sangat tinggi mutunya berupa campuran fakta, fiksyen, pengembaraan, dan simbolisme halus. Pengalaman peribadi Melville yang luas di tempat yang jauh, sangat istimewa malahan dalam dunia lepas bebas dan juga penjelajahan dunia tahun 1800-an. Melville memasukkan ke dalam pengembaraan yang luar biasa itu, gambaran hidup dan skeptisisme yang penuh falsafah di samping kemahiran yang luar biasadalam menggunakan bahasa Inggeris Amerika. | UMUM | |
SIMBOL | Simbol ialah apa-apa sahaja yang menyampaikan satu fakta atau idea atau yang melambangkan sesuatu objek. Sesetengah simbol, seperti bendera dan tanda berhenti, adalah simbol visual. Unsur lain, termasuk muzik dan perkataan yang dituturkan yang melibatkan bunyi. Simbol menduduki antara ciptaan kata tertua dan yang paling asas. | UMUM | |
SURAH AL-NAHL | Surah al-Nahl ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-16 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 128 ayat. Surah ini dinamakan al-Nahl (lebah) kerana kisahnya yang disebut di dalam surah ini menunjukkan keajaiban makhluk ciptaan Allah S.W.T. | UMUM | |
BROWNING, JOHN MOSES | Browning, John Moses (1855–1926), mencipta dan mereka bentuk senjata api yang lebih bergaya berbanding dengan ciptaan orang Amerika yang lain. | UMUM | |
ANTROPOLOGI | Antropologi ialah kajian saintifik tentang kemanusiaan dan kebudayaan manusia. Ahli antropologi menyelidik strategi kehidupan yang dipelajari dan dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota kumpulan sosial. Ahli sains ini mengamati ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota spesies yang sama dan perbezaan cara hidup manusia dalam persekitaran yang berbeza. Mereka turut menganalisis produk kumpulan sosial – sama ada objek berbentuk kebendaan ataupun ciptaan bukan berbentuk kebendaan, seperti kepercayaan dan nilai. | UMUM | |