Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciptaannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PATEN

Paten ialah dokumen yang dikeluarkan oleh

kerajaan pusat yang memberikan hak eksklusif

kepada seorang pereka cipta bagi ciptaannya

dalam suatu tempoh waktu yang tertentu. Paten

membolehkan pereka ciptanya menghalang orang

lain daripada membuat, menjual atau

menggunakan ciptaannya di negara tempat paten

itu dikeluarkan.

UMUM 
SAARINEN, EERO

Saarinen, Eero (1910–1961), arkitek Amerika

yang terkenal kerana idea yang berani untuk seni

arca raksasa. Pada tahun 1948, reka bentuk gerbang

keluli yang tahan karat ciptaannya memenangi

peraduan untuk peringatan di St. Louis, Missouri.

Gerbang tersebut siap pada tahun 1965. Saarinen

memperoleh pengiktirafan yang terbesar untuk

bangunan kerangka keluli berbentuk kotak untuk

Pusat Teknik General Motors (1945–1956) di

Warren, Michigan. Auditorium Kresge (1953–1956)

di Institut Teknologi Massachusetts pula ialah

kubah konkrit bertetulang dengan hanya tiga

tempat topangan. Sementara Terminal Sistem

Penerbangan Trans World (1956 –1962) di Lapangan

Terbang Antarabangsa Kennedy di New York

menggunakan konkrit bertetulang berbentuk

sayap.

UMUM 
PIRANDELLO, LUIGI

Pirandello, Luigi (1867–1936) ialah pengarang

Itali yang menerima Hadiah Nobel bagi bidang

kesu sasteraan pada tahun 1934. Pirandello

terkenal kerana drama falsafahnya. Drama terbaik

ciptaannya membahaskan bahawa kebenaran

sebenar tidak diketahui dan berubah-ubah

mengikut pandangan seseorang. Dia seterusnya

mendakwa manusia memang mempunyai

pelbagai peranan atau matlamat tetapi tiada satu

pun antaranya yang memaparkan ciri sebenar

manusia.

UMUM 
MICHELSON, ALBERT ABRAHAM

Michelson, Albert Abraham (1852–1931)

ialah warga Amerika yang pertama menerima

Hadiah Nobel bagi bidang sains. Dia menerima

Hadiah Nobel 1907 bagi bidang fizik untuk reka

bentuk peralatan optik jitu ciptaannya dan juga

sukatan tepat yang didapati daripada peralatan

tersebut.

UMUM 
TAGORE, RABINDRANATH

Tagore, Rabindranath (1861–1941) ialah salah

seorang penyair India moden terkemuka, dan

pernah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1913

bagi bidang kesusasteraan. Lagu yang diciptanya

untuk Kongres Kebangsaan India telah menjadi lagu

kebangsaan negara itu. Sebuah lagi lagu ciptaannya

“Amar Sonar Bangla” (Benggalaku Emas) telah

menjadi lagu kebangsaan negara Bangladesh.

UMUM 
STEINWAY, HENRY ENGELHARD

Steinway, Henry Engelhard (1797–1871) ialah

pembuat piano Jerman yang mengasaskan syarikat

piano Steinway & Sons. Steinway menubuhkan

syarikat ini di New York City pada tahun 1853, kira-kira

tiga tahun selepas berpindah ke Amerika

Syarikat. Piano ciptaannya terkenal kerana mutunya

yang tinggi.

UMUM 
ARCHIMEDES

Archimedes (287?–212 S.M.), ahli matematik dan

pereka Yunani, yang telah membuat beberapa

penemuan asas sains. Sesetengah ahli sejarah

menamakannya bapa sains eksperimental kerana dia

menguji ideanya melalui eksperimen. Pada

zamannya, Archimedes paling terkenal kerana

banyak ciptaannya. Tetapi dia menganggap

mencipta sebagai satu permainan. Dia menganggap

matematik sebagai kerjanya yang sebenar.

UMUM 
NARAYAN, R. K.

Narayan, R. K. (1906–2001) ialah novelis dan

cerpenis India yang menulis dalam bahasa Inggeris.

Novel-novelnya memaparkan tentang kehidupan

orang biasa India yang menggambarkan kekhuatiran

tentang pertukaran identiti nasional dan sejarah. Para

pengkritik memuji Narayan kerana kualiti tragikomik

dalam hasil kerjanya dan kelembutan ironinya ketika

menggunakan watak ciptaannya.

UMUM 
BORGLUM, GUTZON

Borglum, Gutzon (1867–1941) ialah pengarca

Amerika yang terkenal kerana mencipta Mount

Rushmore National Memorial di Dakota Selatan,

Amerika Syarikat. Ciptaannya itu terdiri daripada

potret-potret besar empat presiden Amerika, iaitu

George Washington, Thomas Jefferson, Theodore

Roosevelt, dan Abraham Lincoln, yang dipahat di

gunung.

UMUM 
ROMBERG, SIGMUND

Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah

muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik

untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917),

The Student Prince (1924), The Desert Song (1926),

My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up

In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan

muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama

Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular,

Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang

popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The

Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow

Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik

untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik

klasik ringan.

UMUM 
12

Kembali ke atas