SINDROM KEJUTAN TOKSIK | Sindrom kejutan toksik atau TSS (Toxic shock syndrome) ialah penyakit yang jarang-jarang berlaku yang paling sering terjadi pada wanita muda yang sedang mengalami haid. Gejalanya termasuklah suhu yang tinggi, muntah-muntah, cirit-birit, tekanan darah rendah dan ruam seperti selaran matahari. | UMUM | |
OPIAT | Opiat ialah sebarang ubat yang diperbuat daripada candu atau yang mengandungi candu. Candu ialah bahan seperti susu yang kering yang diperoleh daripada kulit biji pokok popi opium yang muda. Morfin dan kodeina ialah opiat yang digunakan kerana ciri penyembuhannya. Ubat- ubat ini bersifat analgesia (penahan sakit). Doktor mempreskripsikannya terutamanya kepada orang yang mengalami sakit teruk. Opiat digunakan juga untuk mengawal batuk dan cirit-birit yang teruk. | UMUM | |