PERTEMPURAN WATERLOO | Pertempuran Waterloo yang berlaku pada 18 Jun 1815 ialah pertempuran terakhir bagi Napoleon Bonaparte, iaitu pemerintah tentera Perancis yang bijak. Pertempuran ini menamatkan cita-cita tinggi politiknya untuk memerintah seluruh benua Eropah. Kekalahannya ini amat teruk, sehingga apabila seseorang itu mengalami sesuatu kecelakaan atau kekalahan yang dahsyat, kita akan mengatakan bahawa orang itu “telah menemui Waterloonya.” | UMUM | |
XERXES I | Xerxes I (519? – 465 SM), memerintah Empayar Parsi dari tahun 486 S. hinggalah baginda mangkat. Baginda menggantikan ayahandanya, Darius I dan menghabiskan masa beberapa tahun cuba mencapai cita-cita bapanya untuk menakluki Greece. | UMUM | |
SAINT-SIMON, COMTE DE | Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru yang semua orang bekerja dan akan menerima ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua individu akan memulakan kehidupannya atas dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik. | UMUM | |
THUCYDIDES | Thucydides (460?–400? S.M.), ahli sejarah Yunani, menjadi ahli sejarah pertama di dunia yang bercita-cita untuk mencatat sejarah yang tepat dan tidak berat sebelah yang juga boleh mendedahkan perjalanan sifat kemanusiaan semula jadi dalam masyarakat. Bahan sejarahnya ialah perang besar di antara dua negara kota Yunani, Athens dan Sparta . Perang ini berlaku dari tahun 431 S.M. hingga tahun 404 S.M. Catatan Thucydides yang terkenal, <i> History of the Peloponnesian War i> , berakhir pada tahun 411 S.M. | UMUM | |
PERTEMPURAN PHARSALUS | Pertempuran Pharsalus ialah pertempuran antara tentera jeneral Rom Julius Caesar dengan tentera Pompey pada tahun 48 S.M. Selepas menawan Gaul (58 S.M. hingga 51 S.M.), Caesar menjadi pemerintah tentera yang paling berkuasa di dunia Rom. Pompey dan dewan senat di Rom gerun terhadap kuasa dan cita-cita Caesar. Perang saudara pun meletus. Pompey pada mulanya telah menang. Apabila kedua-dua tentera tersebut bertempur di Pharsalus (kini Farsala) di Greece, jumlah tentera Pompey melebihi jumlah tentera Caesar, iaitu melebihi seramai 40 000 orang. | UMUM | |
KIBLAT | KIBLAT, majalah bercorak keagamaan. Majalah ini diterbitkan pada bulan Ogos 1970 oleh Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur. Majalah ini bermotokan ‘Ke arah cita-cita bertakwa’. Majalah ini diterbitkan dalam tulisan Jawi berukuran 21 cm x 28 cm; mengandungi lebih kurang 40 muka surat. Majalah ini diterbitkan sebutan sekali, pada setiap akhir bulan. | SASTERA | Konsep |
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU | LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA | GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SENI HALUS | Seni halus berkaitan dengan membuat objek- objek cantik, atau mengeluarkan, atau mempersembahkan karya yang menarik kepada cita rasa estetik seseorang. Kita berharap untuk menikmati puisi, lukisan, atau simfoni kerana seninya sendiri, bukan semata-mata sebagai cara untuk sesuatu yang lain. Kita juga mengharapkan karya seni yang besar dapat mengembangkan minda kita dengan mengungkap dan menjelaskan fikiran terbaik tokoh besar. | UMUM | |
MENCKEN, H.L. | Mencken, H.L. (1880–1956) ialah pengkritik, editor, dan wartawan Amerika Syarikat. Dia paling terkenal kerana serangannya terhadap cita rasa dan kebudayaan Amerika Syarikat serta kerana kajiannya tentang bahasa Amerika. | UMUM | |