SENI HALUS | Seni halus berkaitan dengan membuat objek- objek cantik, atau mengeluarkan, atau mempersembahkan karya yang menarik kepada cita rasa estetik seseorang. Kita berharap untuk menikmati puisi, lukisan, atau simfoni kerana seninya sendiri, bukan semata-mata sebagai cara untuk sesuatu yang lain. Kita juga mengharapkan karya seni yang besar dapat mengembangkan minda kita dengan mengungkap dan menjelaskan fikiran terbaik tokoh besar. | UMUM | |
MENCKEN, H.L. | Mencken, H.L. (1880–1956) ialah pengkritik, editor, dan wartawan Amerika Syarikat. Dia paling terkenal kerana serangannya terhadap cita rasa dan kebudayaan Amerika Syarikat serta kerana kajiannya tentang bahasa Amerika. | UMUM | |
STETSON, JOHN BATTERSON | Stetson, John Batterson (1830–1906) ialah pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk memulihkan kesihatannya dan menggunakan pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal. Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi pengilang topi yang terkemuka di Amerika. Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson lahir di Orange, New Jersey. | UMUM | |
SHERATON, THOMAS | Sheraton, Thomas (1751–1806), pereka bentuk perabot Inggeris. Reputasinya adalah berasaskan pada sebuah buku reka bentuk perabot yang berpengaruh, yang dikenali The Cabinet-Maker and Upholsterer’s Drawing Book (1791–1794). Seperti buku reka bentuk lain pada akhir tahun 1700-an, buku Drawing Book mengutarakan cita rasa semasa dalam gaya perabot. Perabot yang mengikut gaya yang dinyatakan dalam buku tersebut dikenali sebagai Sheraton. | UMUM | |
DESTAR | DESTAR, sejenis pakaian di kepala yang di sesetengah tempat dikenali dengan setangan, tengkolok atau tanjak, mengikut reka bentuknya. Destar biasanya menggunakan kain yang dipintal dan diikat di kepala seperti serban, atau diikat di keliling tarbus tinggi atau kopiah. Ada juga destar yang dibuat daripada sehelai kain (setangan) yang sederhana besarnya dan diikat di kepala mengikut cita rasa pemakainya. Sekiranya lipatan kain itu meruncing ke atas, ikatan ini disebut tanjak. Tengkolok pula lebih rumit reka bentuknya yang biasanya dipakai oleh raja dan orang bangsawan. | BUDAYA | Konsep |
BOTTICELLI, SANDRO | Botticelli, Sandro (1444?–1510), pelukis Renaissance Itali yang tinggal dan bekerja di Florence. Lukisannya bersifat tersendiri kerana garisnya yang jelas dan berirama, warnanya yang lembut, dan hiasannya yang kaya dan cita rasa puisinya. | UMUM | |
DOKOH | DOKOH, sejenis perhiasan leher, biasanya dipakai oleh wanita dan mempelai lelaki. Dokoh berasal dari India dan dibawa ke Kepulauan Melayu oleh pedagang dari Sumatera. Bagaimanapun, apabila didagangkan di Kepulauan Melayu, reka bentuknya telah diubah suai mengikut cita rasa orang Melayu. | BUDAYA | Alat/Alatan |