Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cocos


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS

ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos di Pulau Cocos, Australia. Di kalangan masyarakat ini, anak-anak muda diberi kebebasan mencari pasangan hidup sendiri dan kemudian barulah meminta persetujuan daripada ibu bapanya. Umur bagi anak perempuan berkahwin ialah 17 tahun ke atas dan bagi lelaki 21 tahun atau lebih. Pada masa dulu, pergaulan antara anak-anak muda tidaklah begitu bebas. Kesempatan mencari jodoh ialah pada waktu bulan terang. Anak-anak gadis berkumpul di hadapan rumah mereka meraut lidi daun kelapa untuk dibuat penyapu. Para pemuda mencari peluang untuk berkenalan pada waktu itu dan apabila mencapai persetujuan untuk mendirikan rumah tangga, hal itu disampaikan kepada ibu bapa masing-masing.

 

BUDAYAKonsep
KEPULAUAN COCOS (KEELING) UMUM 
MELAYU COCOS

MELAYU COCOS, keturunan buruh paksa yang berasal dari Kepulauan Melayu Hindia Timur lama dan menetap di Kepulauan Cocos (Keeling) sejak tahun 1820-an.  Mereka beragama Islam dan bertutur bahasa Melayu lama serta mengamalkan cara hidup orang Melayu yang dibawa dari kawasan asal mereka.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
DANGSA

DANGSA,  tarian yang amat popular di kalangan orang Melayu Cocos yang tinggal di Pulau Cocos, Australia dan di Sabah. Tarian ini biasanya ditarikan dalam majlis keramaian oleh pasangan lelaki dan wanita, dan dikatakan mempunyai persamaan dengan sejenis tarian dari Scotland. Lenggang-lenggoknya mempunyai persamaan dengan tarian Sumazau di Sabah. Pakaian yang sesuai untuk tarian ini ialah ‘kebanyak’ untuk wanita dan ‘baskat’ untuk lelaki.

 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
DUBNEY BOHIN

DUBNEY BOHIN (1924 -  ), pemimpin masyarakat Melayu di Pulau Krismas, Australia. Dubney lahir di Pulau Cocos, Australia. Moyangnya berasal dari Bantam, Jawa Barat telah berhijrah ke Pulau Cocos sebagai pekerja ladang kelapa semasa pulau itu menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.

BUDAYATokoh
KELAPA

Kelapa ialah tumbuhan jenis palma yang tumbuh di kawasan tropika atau tropika sederhana. Nama saintifiknya ialah Cocos nucifera L. dan tergolong dalam famili Arecaceae.

PERTANIANFlora dan Fauna

Kembali ke atas