Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata atau ungkapan ringkas yg menarik dan mudah diingat yg mengandungi unsur ideologi, pegangan hidup, perjuangan dsb sesuatu organisasi (kempen, pengiklanan dsb), kata-kata semboyan, moto, slogan: ~ ‘Bahasa Jiwa Bangsa’; bercogankatakan mempunyai sesuatu sbg cogan kata, berslogankan: perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu!”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ayat pendek atau rangkaian kata yg digunakan sbg panduan hidup (atau ditulis pd sesuatu, spt pd perisai, sbg perangsang): “Bahasa Jiwa Bangsa” ialah ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. bercogan kata mempunyai cogan kata. bercogankatakan mempunyai sesuatu sbg cogan kata; berslogankan: Perjuangan mereka ~ “Tidak Hilang Melayu di Dunia”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
E PLURIBUS UNUM

E Pluribus Unum ialah cogan kata dalam

bahasa Latin yang terdapat di muka hadapan

Mohor Besar Amerika Syarikat.

UMUM 
DEWAN BAHASA

DEWAN BAHASA, majalah bahasa yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957. Keluaran sulungnya ialah pada bulan September 1957 dengan cogan kata yang berbunyi ‘Mendukung Cita-cita Bahasa Jiwa Bangsa’. Cogan kata ini selaras dengan matlamat penubuhan DBP, iaitu untuk memenuhi perjuangan dan aspirasi rakyat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

BAHASAPenerbitan
PASUKAN POLIS BERKUDA DIRAJA KANADA

Pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada

(RCMP) ialah sebuah jabatan penguat kuasa

undang-undang di Kanada. Kemasyhuran Pasukan

Polis Berkuda ini telah tersebar ke seluruh pelosok

dunia semenjak ditubuhkan pada tahun 1873. Kini,

pasukan tersebut menunggang motosikal dan tidak

lagi menunggang kuda. Namun, masih banyak lagi

buku-buku dan filem yang memperkatakan tentang

pasukan polis berkuda ini. Lencana pasukan Polis

Berkuda Diraja Kanada ini memaparkan cogan kata

organisasi tersebut iaitu, Maintiens le droit

(Pertahankan yang benar).

UMUM 
PRESBYTERIAN

Presbyterian membentuk kumpulan mazhab

Protestan yang besar di negara-negara berbahasa

Inggeris. Di luar negara-negara ini kebanyakan

gereja mazhab ini dikenali sebagai Reformasi

misalnya, Gereja Reformasi Belanda. Satu cogan

kata gereja ini ialah semper reformanda (sentiasa

direformasi). Lebih kurang 100 mazhab menjadi

ahli Gereja Reformasi Perikatan Dunia.

UMUM 

Kembali ke atas