Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata college


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
COLLEGE OF ARMS UMUM 
ETON COLLEGE UMUM 
RAFFLES COLLEGEkolej perubatanSEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KIRKBY COLLEGE

MAKTAB KIRKBY, maktab perguruan di Britain. Maktab yang lebih dikenal dengan nama Malayan Teachers College Kirkby ini terletak di Liverpool, United Kingdom. Maktab ini ditubuhkan pada awal tahun 1952. Malayan Teachers College Kirkby juga dikenal dengan nama “Little Malaya’ oleh masyarakat setempat atau ‘Kampung Kirkby’ oleh masyarakat Tanah Melayu yang berada di United Kingdom.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DULWICH

Dulwich ialah petempatan di Southwark,

di selatan London, England. Dulwich College

merupakan sebuah sekolah swasta utama yang

ditubuhkan oleh Edward Alleyn, pelakon pada

tahun 1619.

UMUM 
PETRIE, SIR FLINDERS

Petrie, Sir Flinders (1853–1942) ialah ahli

arkeologi Inggeris, yang berkhidmat sebagai

profesor Egiptologi di University College, London,

dari tahun 1892 hingga tahun 1933.

UMUM 
OLSON, CHARLES

Olson, Charles (1910–1970) ialah salah seorang

penyair Amerika yang sangat berpengaruh pada

zamannya. Pada tahun 1948, Olson mula mengajar

di Black Mountain College, sekolah eksperimen

di Black Mountain, Carolina Utara. Dia berkhidmat

sebagai rektor (pengetua) sekolah dari tahun 1951

hingga tahun 1956. Di kolej itu, Olson mengajar

beberapa orang bakal penyair besar Amerika

Syarikat.

UMUM 
THORPE, JEREMY

Thorpe, Jeremy (1929– ) ialah ketua Parti

Liberal dari tahun 1967 hingga tahun 1976. John

Jeremy Thorpe lahir di London dan mendapat

pendidikan di Amerika Syarikat serta Eton College

dan Oxford University, England. Pada tahun 1954,

Thorpe lulus sebagai barrister . Dia menjadi ahli

Parlimen dari parti Liberal bagi kawasan Devon

Utara pada tahun 1959. Pada tahun 1979, Thorne

dibebaskan daripada tuduhan berkomplot untuk

membunuh kawan lamanya, Norman Scott. Thorpe

kehilangan kerusi Parlimen semasa pilihan raya

tahun 1979.

UMUM 
PUNCH GUNALAN, DATUK

Punch Gunalan, Datuk (1944– ), pemain

badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di

Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

King George V, Seremban, sebelum melanjutkan

pelajaran di Brighton Technology College, United

Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan

ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada

tahun 1967.

UMUM 
OLAV V

Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada

tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII,

mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke

Norway semasa berusia dua tahun. Baginda

memasuki Norwegian War College dan Oxford

University. Baginda sering berkhidmat sebagai

pemangku raja semasa ayahanda baginda gering.

Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway

dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya,

Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun

1954.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas