| DAERAH COLUMBIA (D.C.) | Daerah Columbia (D.C.) atau District of Columbia merupakan pusat pemerintahan kerajaan Amerika Syarikat. Daerah ini meliputi keluasan 179 kilometer persegi di sepanjang Sungai Potoma di antara Maryland dengan Virginia. | UMUM | |
| SUNGAI COLUMBIA | Sungai Columbia ialah salah satu sungai utama di Barat Amerika Syarikat dan Kanada. Ia sungai kedua terpanjang di Hemisfera Barat yang mengalir ke Lautan Pasifik. Sungai terpanjang ialah Sungai Yukon. Panjang Sungai Columbia ialah 1954 kilometer. Ia menyaliri kawasan seluas kira-kira 670 800 kilometer persegi, kebanyakannya di Amerika Syarikat. | UMUM | |
| BURUNG BATUAN | Burung batuan ialah nama dua spesies burung Amerika Selatan. Satu spesies hidup di jurang berbatu berdekatan dengan anak sungai gunung di Banjaran Andes dari Columbia hingga ke Bolivia. Spesies satu lagi hidup di pergunungan dari Columbia hingga ke Guiana Perancis dan di utara Brazil. | UMUM | |
| PULAU VANCOUVER | Pulau Vancouver alah pulau terbesar di Pantai Lautan Pasifik Amerika Utara. Pulau ini sebahagian daripada provinsi British Columbia. Pulau Vancouver sepanjang 459 kilometer dan terletak di sepanjang pantai barat daya Kanada. Lebarnya antara 64 hingga 130 kilometer. Keluasan pulau ini adalah 31 284 kilometer persegi. Bandar Victoria ialah bandar terbesar dan juga ibu negeri British Columbia . Bandar besar lain ialah Nanaimo dan Port Alberni . Jumlah penduduk di pulau ini ialah 498 713 orang. | UMUM | |
| SUNGAI SNAKE | Sungai Snake ialah cawangan (cabang) utama Sungai Columbia di Amerika Syarikat. Ia berpunca di Wyoming berhampiran Continental Divide di Taman Negara Yellowstone. Sungai ini kemudiannya mengalir ke selatan melalui Taman Negara Grand Teton. Ia kemudian membelok ke barat dan mengalir merentasi Dataran Sungai Snake di selatan Idaho. Projek pengairan, empangan, dan air terjun membekalkan air untuk kuasa serta pengairan. | UMUM | |
| THOMPSON, DAVID | Thompson, David (1770–1857) ialah ahli geografi dan penjelajah Kanada yang menjelajah Sungai Columbia dari puncanya di Kanada sehingga muaranya di Amerika Syarikat. Dia menjelajah kawasan yang luas di Kanada dan mengukur punca paling utara Sungai Mississippi di Amerika Syarikat. Dari tahun 1816 hingga tahun 1826, dia menjadi juruukur sempadan Amerika Syarikat-Kanada. Thompson lahir di Westminster, London, England dan mendapat latihan di Hudson Bay Company ketika berusia 14 tahun. Thompson bekerja di North West Company dari tahun 1797 hingga tahun 1812. | UMUM | |
| KANADA | Kanada ialah negara kedua terbesar di dunia, dari segi keluasan selepas Rusia. Kanada merentangi benua Amerika Utara, dari Newfoundland di pinggir laut Atlantik hingga ke British Columbia di pinggir laut Pasifik. | UMUM | |
| PERGUNUNGAN ROCKY | Pergunungan Rocky ialah sistem pergunungan terbesar di Amerika Utara. Rangkaian Pergunungan Rocky memanjang lebih 4800 kilometer merentasi Amerika Syarikat dan Kanada. Luasnya di sesetengah tempat lebih kurang 560 kilometer. Di Amerika Syarikat, Pergunungan Rocky menganjur sehingga ke New Mexico, Colorado, Utah, Wyoming, Idaho, Montana , Washington, dan Alaska. Pergunungan Rocky Kanada pula terbentang ke wilayah-wilayah Alberta dan British Columbia, dan Wilayah Barat Laut dan Wilayah Yukon. | UMUM | |
| ROSIHAN ANWAR | ROSIHAN ANWAR (1922- ), wartawan Indonesia. Dia lahir pada 10 Mei 1922 di Kubang Nan Dua, Sumatera Barat, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Hollandsch Inlandsche School (HIS), Padang. Pada tahun 1935, dia meneruskan pelajarannya di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) dan tamat pada tahun 1939. Rosihan kemudian melanjutkan pelajaran ke Algemeene Middlebare School (AMS), Jurusan A (bahagian Kesusasteraan Klasik Barat) di Yogyakarta, Jawa Tengah dan tamat pada tahun 1942. Dia pernah mengikuti kursus drama di Yale University, New Haven pada tahun 1950 dan kursus kewartawanan di School of Journalism di Columbia, New York pada tahun 1954. | SASTERA | Tokoh |
| TING, SAMUEL CHAO CHUNG | Ting, Samuel Chao Chung (1936– ) ialah ahli sains China kelahiran Amerika menerima anugerah Hadiah Nobel bagi bidang fizik pada tahun 1976. Dia berkongsi hadiah tersebut dengan Bruton Richter, juga seorang ahli sains Amerika. Hadiah berkenaan ialah kerana penemuan mereka tentang zarah nuklear asas yang dikenali sebagai psi atau zarah J. Ting, yang juga dikenali dengan nama Ding Zhaozhong, lahir di Michigan, Amerika Syarikat. Dia menghabiskan masa mudanya di tanah besar China dan Taiwan. Pada tahun 1967, dia menjadi profesor fizik di Massachusetts Institute of Technology. Kemudian dia bekerja di European Organization for Nuclear Research (CERN) di Geneva , Switzerland dan di University of Columbia, Amerika Syarikat. | UMUM | |