Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt a. soothe, (act.) menenangkan hati; (pass.) menjadi tenang: she ~ed the weeping child, dia menenangkan hati anak yg sedang menangis itu; he was ~ed by her kind words, dia menjadi tenang oleh kata-kata lembut wanita itu; b. cheer, menghiburkan hati; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : for ~, menyebabkan sso berasa tdk senang: the trial was too close for ~, perbicaraan itu terlalu hampir dan ini menyebabkan dia berasa tdk senang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. state of well-being, keselesaan: she lives in ~, dia hidup dlm keselesaan; 2. luxury, kemewahan, mewah: a life of ~, hidup mewah; 3. relief from sorrow, grief, etc, menyenangkan (hati): news that brought ~ to the family, berita yg menyenangkan hati keluarga itu; 4. (usu in pl) st that satisfies physical needs, kemudahan: the apartment has all the ~s of modern living, pangsapuri itu mempunyai semua kemudahan moden; 5. so. or st that consoles, penawar hati: during the days that followed her son’s death, her neighbours were a ~ to her, pd hari-hari selepas kematian anaknya, jiran-jirannya menjadi penawar hatinya; the telephone calls and letters from caring friends were a real ~, panggilan telefon serta surat dr kawan-kawan yg bersimpati menjadi penawar hatinya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata comfort


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIFFANY, LOUIS COMFORT

Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka

bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun

1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan

tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni

antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau .

Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga

lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ).

Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles

Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas

yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya

sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni

hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879,

dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan

beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus

kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman.

Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca

berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna

jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia

memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun

1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil

kerja kaca iridesen buatan tangannya.

Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna).

UMUM 

Kembali ke atas