Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : in ~ (of warship) digunakan: warships remain in ~ when they are not being refitted, kapal perang akan terus digunakan apabila tdk dibaiki; out of ~, (not in active use) tdk digunakan; (not in working order) rosak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. special task, job, kerja; (for artist) tempahan: he was given the ~ to design the mosque, dia diberi kerja utk mereka bentuk masjid itu; not all artists accept ~s, bukan semua pelukis yg mahu menerima tempahan; 2. (mil) tauliah: he received his ~ as 2nd Lieutenant, dia menerima tauliah sbg Leftenan Muda; 3. group authorized to perform certain duties, suruhanjaya: a Royal C~, Suruhanjaya Diraja; the C~ of Inquiry, Suruhanjaya Siasatan; the Federal Trade C~, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan; 4. fee allotted to agent, komisen, dalal: he charges 5% ~, dia mengenakan komisen 5%; sell st on ~, menjual sst dgn mendapat komisen; 5. act of doing (st wrong, unlawful) perbuatan melakukan: the ~ of a crime, perbuatan melakukan jenayah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata commission


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THE COURT OF HIGH COMMISSION

The Court of High Commission merupakan

mahkamah yang terpenting dalam mahkamah

eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan

untuk mendengar kes yang membabitkan

penentangan terhadap Gereja England. The Court

of High Commission ini diwujudkan pada sekitar

tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya

pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya

berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain

eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan

paderi. Ia juga mendengar kes perceraian.

The Court of High Commission ialah gereja yang

seumpama Court of Star Chamber (lihat Star

Chamber ). Penubuhannya membangkitkan

kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan

bertentangan dengan prinsip common law di

England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di

Court ini adalah antara mereka yang terbabit

dengan persengketaan yang dibicarakan. The

Court of High Commission ini dihapuskan oleh

Parlimen Long pada tahun 1641.

UMUM 
SURUHANJAYA DIRAJA

Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah

badan yang dilantik oleh raja British bagi

menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya

ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya

bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh

beberapa orang yang tidak dibayar gaji.

Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi

penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana

yang wujud dalam industri atau hal-hal yang

berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan

dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri.

Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu

dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya

kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan

oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di

Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan

meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri

untuk melantik seseorang bagi membentuk

Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan.

UMUM 
TAULIAH TENTERA

Tauliah tentera ialah perintah bertulis yang

memberikan pangkat kepada seseorang pegawai

dalam perkhidmatan tentera. Seseorang pegawai

menerima tauliah secara sukarela, dan ia tidak perlu

diperbaharui. Istilah in commission apabila

digunakan pula merujuk kepada kapal atau kapal

terbang membawa maksud kapal atau kapal terbang

telah bersedia untuk bertempur.

UMUM 
ANTILL, JOHN

Antill, John (1904–1986), penggubah Australia

yang terkenal kerana suit baletnya Corroboree ,

yang dipersembahkan buat pertama kalinya pada

tahun 1946. Dia mendasarkan gubahan pada nada

yang didengarnya semasa Orang Asli Australia

bernyanyi di kawasan petempatan La Perouse, di

Sydney. Dia belajar menggubah lagu, di New

South Wales State Conservatorium of Music dan

menyertai kakitangan muzik Australia Broadcasting

Commission pada tahun 1934. Antill turut

menggubah beberapa lagu balet yang lain dan

kerja-kerja orkestra, teater dan muzik filem. Dia

lahir di Sydney.

UMUM 
NUR MISUARI

NUR MISUARI, Datuk Seri  ( ?   -     ), tokoh pejuang Islam Filipina dan pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF). Dia lahir di Sulu, Filipina Selatan. Dia dianugerahi biasiswa ‘Commission on National Integration College Programme’ semasa belajar di University of Philippines dan memperolehi ijazah Sains Politik. Dia pernah bertugas sebagai pensyarah di Pusat Asia di universiti yang sama sehinggalah dia menghilangkan diri setelah terlibat dalam pergerakan bawah tanah untuk memimpin menentang pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas