| LIBRARY OF CONGRESS | Library of Congress, di Washington D.C., ialah salah sebuah perpustakaan penyelidikan yang terbesar dan paling bernilai di dunia. Library of Congress mempunyai lebih kurang 84 juta bahan dalam koleksinya, termasuk lebih daripada 20 juta buah buku dan risalah, dan berjuta-juta carta, ukiran, manuskrip, peta, filem, gubahan muzik, gambar foto, dan rakaman. Perpustakaan ini memiliki koleksi incunabula (buku yang dicetak sebelum tahun 1501) yang terbesar di Hemisfera Barat. Koleksi ini mempunyai lebih kurang 5600 buah buku, termasuk satu naskhah Kitab Bible Gutenberg yang amat sempurna, iaitu sebuah buku penting yang pertama dicetak di dunia Barat. | UMUM | |
| MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC) | Malaysian Indian Congress (MIC) ialah parti terbesar kaum India di Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| PENGELASAN LIBRARY OF CONGRESS | | UMUM | |
| V.T. SAMBATHAN | Ahli politik dan Presiden parti Malayan Indian congress (MIC) | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| V. MANICKAVASAGAM, TAN SRI | Ahli politik dan Presiden parti Malayan Indian Congress (1973-1979). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| KONGRES PAN-AFRIKA AZANIA | Kongres Pan-Afrika Azania (Pan-Africanist Congress of Azania – PAC) ialah sebuah parti politik yang mewakili kepentingan orang kulit hitam Afrika Selatan. | UMUM | |
| S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI | S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1 Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938 sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949. Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai Seremban), dan mengambil kontrak memberi perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan perniagaan keluarganya di bandar tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali sebagai Java Street). | UMUM | |
| PARTI PERIKATAN | PARTI PERIKATAN, gabungan tiga buah parti politik tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Gabungan ini diasaskan pada tahun 1952 dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1954. Parti Perikatan telah memerintah Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955 hingga tahun 1974, sebelum ia ditukarkan kepada nama Barisan Nasional. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
| PIJNAPPEL, J. | PIJNAPPEL, J. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda. Pijnappel banyak menyumbangkan karya tentang bahasa Melayu. Kebanyakan karya yang dihasilkan ditulis dalam bahasa Belanda. Setelah menerima Ijazah Kedoktoran, Pijnappel banyak menerima undangan untuk membentangkan kertas kerja. Kertas kerjanya yang berjudul “Over de Wortel in de Maleisch Taal” telah dibentangkan di Polynesienne of the Oriental Congress di Leiden pada bulan September 1883. | BAHASA | Tokoh |
| ASKAR YANG TIDAK DIKENALI | Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil keputusan memberikan suatu bentuk penghormatan sebagai tanda mengingati askar ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang mewakili askar mereka yang tidak dikenali, mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau berhampiran dengan ibu negara dan membina satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya di bawah Arc de Triomphe di Paris dan menyalakan obor di atas makam tersebut. | UMUM | |