Taman Negara Kruger di Afrika Selatan merupakan taman negara yang terbesar di dunia. Ia terletak di sebahagian provinsi utara dan sebahagian di Mpumalanga. Ia juga bersempadan Sungai Crocodile di selatan, Sungai Limpopo dan Luvuvhu di utara, Mozambique dan pergunungan Lebombo di timur dan kawasan selebihnya di provinsi utara dan Mpumalanga di barat. Panjang taman ini kira-kira 350 kilometer dan lebarnya 60 kilometer. Kawasannya seluas 19 455 kilometer persegi. |