Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ba.an] | چوباءن

Definisi : 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ba.an] | چوباءن

Definisi : sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mecuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cubaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAHAGI

Dahagi ialah satu cubaan yang menyalahi

undang-undang oleh kakitangan tentera untuk

merampas atau mengetepikan kuasa tentera.

UMUM 
PERJANJIAN BERWICK

Perjanjian Berwick (1639), mengakhiri cubaan

oleh Raja Charles I dari England untuk menggesa

Scotland agar menerima English Prayer Book dan

cara sembahyang Inggeris.

UMUM 
KRITIKAN

Kritikan ialah analisis dan penilaian terhadap

karya seni. Kritikan cuba menterjemah dan menilai

karya tersebut, dan mengamati kepada prinsip

yang dapat difahami. Kritikan ialah cubaan untuk

mempertingkat piawai yang tinggi dalam kalangan

artis dan usaha untuk menggalakkan seni. Ia juga

membantu masyarakat terus sedar akan nilai karya

seni dahulu dan masa kini.

UMUM 
SMYTHE, FRANCIS SYDNEY

Smythe, Francis Sydney (1900–1949) ialah

pendaki gunung, pengarang, dan jurufoto British

yang terkenal. Pada tahun 1927 dan tahun 1928, dia

membuka beberapa laluan baru di Brenvan Face di

Mont Blanc. Pada tahun 1930, dia mengambil

bahagian dalam percubaan mendaki

Kanchenjunga. Pada tahun 1931, dia memimpin

dengan jayanya cubaan mendaki Gunung Kamet.

Dia turut serta dalam ekpedisi Gunung Everest

pada tahun 1933, 1936, dan tahun 1938 dan

menemui jalan terus ke puncak sebelah barat

North Col. Smythe lahir di Ivythorne, berhampiran

Maidstone, di Kent.

UMUM 

Kembali ke atas