| KUBLAI KHAN | Kublai Khan (1216–1294), cucu lelaki Genghis  Khan, pengasas dinasti Mongol, atau Yuan, yang  memerintah China dari tahun 1279 hingga tahun  1368. Kublai ialah anak Tolui, dan saudara kepada  Khan-Agung keempat, iaitu Mangu.  | UMUM |   | 
			
				| SCOTT | Scott ialah nama keluarga dua orang arkitek British, iaitu datuk dan cucu.  | UMUM |   | 
			
				| PRETENDER | Pretender ialah dua orang yang menuntut takhta England, iaitu putera dan cucu James II.  | UMUM |   | 
			
				| OTTO | Otto ialah nama tiga orang raja dan maharaja Jerman, iaitu bapa, anak dan cucu lelakinya. Keseluruhan pemerintahan mereka bermula dari tahun 936 M. hingga tahun 1002.  | UMUM |   | 
			
				| PERJANJIAN VERDUN | Perjanjian Verdun ialah perjanjian yang membahagikan empayar Charlemagne kepada tiga bahagian. Cucu Charlemagne bertelagah untuk memerintah empayar ini selepas kematian bapa mereka pada tahun 840 dan akhirnya menandatangani perjanjian pada tahun 843. Dengan perjanjian ini, Charles the Bald menerima bahagian yang kini dikenali sebagai Perancis. Louis the Jerman menerima tanah di hampir semua kawasan di timur Rhine, yang akhirnya menjadi Jerman moden. Lothair pula mengekalkan takhta maharaja dan memerintah sejalur kawasan di bahagian tengah, dari Laut Utara hingga bahagian tengah Itali.  | UMUM |   | 
			
				| MU‘AWIYAH IBN YAZID | Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684 M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan agar mereka melantik penggantinya yang tersebut dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia telah mengasingkan diri di rumahnya dengan beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak sempat meninggalkan zuriat  | UMUM |   | 
			
				| AGRIPPINA THE YOUNGER | Agrippina the Younger (15 M.–59 M.) ialah  salah seorang wanita paling berkuasa pada zaman  Rom purba. Agrippina ialah cucu kepada  Maharaja Augustus dan adik Maharaja Caligula.  Dia juga kuat mempengaruhi dua Maharaja Rom  yang lain – suaminya Claudius dan anaknya Nero.  | UMUM |   | 
			
				| NEHRU | Nehru ialah nama keluarga empat generasi pemimpin India. Mereka ialah Motilal Nehru, dan tiga perdana menteri: anak lelaki Motilal, Jawarharlal Nehru; cucu perempuannya, Indira Gandhi; dan cicitnya, Rajiv Gandhi. Lihat Gandhi, Indira; Gandhi, Rajiv. Anak perempuan Motilal, iaitu Vijayalakshmi Pandit ialah presiden wanita pertama di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lihat Pandit, Vijayalakshmi.  | UMUM |   | 
			
				| ACT OF SETTLEMENT | Act of Settlement yang diluluskan di England  pada tahun 1701, memberikan hak warisan  mahkota kerajaan Inggeris kepada Sophia,  pemerintah Hanover dan warisnya yang  berfahaman Protestan. Sophia ialah cucu kepada  James I.  | UMUM |   | 
			
				| ASOKA | Asoka ( ? –232 S.M.), juga dieja  Ashoka  ialah maharaja paling agung di India purba. Baginda memerintah Empayar Maurya dari kira-kira pada tahun 272 S.M. hingga kemangkatannya. Asoka adalah cucu Chandragupta, pengasas Dinasti Maurya. Ayahandanya Bindusara memerintah utara India selama 29 tahun.  | UMUM |   |