TASIK BLUE | Tasik Blue, terletak di lekukan yang curam kon gunung berapi lama, iaitu Gunung Gambier, di Australia Selatan. Kedalaman maksimumnya ialah 77 meter. Warna airnya akan berubah daripada kelabu pada musim sejuk kepada biru pada musim panas. Sebab-sebab berlakunya perubahan ini tidak difahami dengan sepenuhnya. Teori yang paling munasabah ialah bahawa kalsium karbonat yang larut dalam air mendak semasa musim panas dan butir-butirnya menyerakkan cahaya matahari. Lihat Cahaya (penyerakan). | UMUM | |
NGARAI | Ngarai ialah lembah dalam yang bertebing curam. Ngarai sempit yang mempunyai tebing hampir tegak atau cenuram juga dikenali sebagai gaung atau jurang atau gegaung . | UMUM | |
BUTTE | Butte ialah bukit atau gunung kecil yang berlereng curam yang terdiri sendirian, menjulang tegak di sekitar kawasan desa. Perkataan butte ialah perkataan Perancis yang bermakna timbunan. | UMUM | |
TANAH TANDUS | Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun bukit juga memainkan peranan untuk membentuk tanah tandus. | UMUM | |
PIPIS | Pipis ialah kerang-kerangan yang hidup betul- Betul di bawah permukaan bercerun curam, pantai berpasir. | UMUM | |
MESA | Mesa ialah bukit atau gunung yang terpencil kedudukannya dan mempunyai puncak rata dengan lereng yang curam seperti meja. Mesa ialah perkataan Sepanyol yang bererti meja. Mesa terdapat di kawasan beriklim kering. | UMUM | |
SELAT MILFORD | Selat Milford, di pantai barat Pulau Selatan, New Zealand, ialah salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di negara itu. Tebing batu yang curam dan tinggi menjadikannya selat (serokan laut) yang paling hebat di kawasan tersebut. | UMUM | |
SUKAN KERETA LUNCUR | Sukan kereta luncur juga dikenali kereta gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua atau empat orang meluncur di lereng yang curam dengan menggunakan kereta luncur salji yang diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150 kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa keseluruhan yang paling cepat selepas menghabiskan empat pusingan memenangi acara ini. | UMUM | |
PULAU ARAN | Pulau Aran terletak di Lautan Atlantik iaitu, di luar pantai Donegal di Republik Ireland. Pulau ini juga dikenali sebagai Aranmore. Ia sepanjang enam kilometer dan selebar lima kilometer. Tanahnya curam dan berbatu-bata. Pulau ini terletak kira-kira lima kilometer dari bandar tanah besar Burtonport. Pulau-pulau kecil terletak berhampiran Pulau Aran | UMUM | |
TENIS DIRAJA | Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak semukur yang berbumbung curam atau emper, bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama tertentu seperti chase a yard worse than last gallery dan hazard chase the door. | UMUM | |