Muhammad ibn Sa‘d ( ?–82 H./ ?–702 M.), ahli hadith yang fasih serta thiqah. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Sa‘d ibn Abu Waqqas al-Madaniy. Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya, serta daripada ‘Uthman ibn Affan, Abu al-Darda’ dan lain-lain lagi. Manakala hadithnya diriwayatkan oleh dua orang anaknya, Ibrahim dan Isma‘il, serta Abu Ishaq al-Sabi‘iy. Muhammad ibn Sa‘d meriwayatkan pelbagai ilmu. Dia bersama-sama Ibn al-Ash‘ath menentang Hajjaj. Dia ditawan pada hari Dayr al- Jamajim dan dibunuh oleh Hajjaj. Hadith-hadithnya diriwayatkan oleh al-Shaykhaniy, al-Tirmidhiy, al- Nasa’iy dan Ibn Majah. |