DADA | Dada, yang juga dinamakan toraks, ialah bahagian badan di antara pangkal leher dengan abdomen. | UMUM | |
AMIN DADA, IDI | Amin Dada, Idi (1925?–2003) ialah pemerintah Uganda dari tahun 1971 hingga 1979. Sebagai seorang pegawai tentera, dia memegang kuasa selepas mengetuai tenteranya untuk menggulingkan kerajaan awam Uganda. Pemerintahannya berakhir apabila rakyat Uganda menentangnya dan tentera dari negara jiran Tanzania menggulingkan kerajaannya. Amin kemudiannya melarikan diri dari Uganda. | UMUM | |
PNEUMOTORAKS | Pneumotoraks ialah udara atau gas yang terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding dada. Satu membran yang tipis dan berterusan dikenali sebagai pleura meliputi bahagian luar paru-paru dan bahagian dalam dinding dada. Biasanya bahagian pleura meliputi paru-paru yang berhampiran rapat pada bahagian dalam dada. Hanya satu lapisan cecair yang tipis memisahkan kedua-dua bahagian ini. Kebiasaannya, tiada ruang udara wujud antara keduanya. Jika udara atau gas memasuki ruang pleura, kedua-dua bahagian membran ini akan menolak keluar. Apabila kuantiti udara dan gas yang banyak terdapat di antara bahagian pleura pada suatu bahagian dada, paru- paru di bahagian itu tidak akan dapat mengembang. Ini akan menyebabkan kesukaran bernafas dan paru-paru akan menguncup. | UMUM | |
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN | MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN ( ? -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TIMUS | Timus ialah satu organ leper berwarna merah samar yang memainkan peranan penting dalam sistem imun tubuh badan manusia. Ia terletak di bahagian atas rongga dada di belakang tulang dada dan memanjang ke bahagian bawah leher di bawah kelenjar tiroid. | UMUM | |
ANGINA PEKTORIS | Angina pektoris ialah sakit dada yang berlaku jika jantung tidak menerima cukup oksigen. | UMUM | |
KETAKHADAMAN | Ketakhadaman ialah ketakselesaan di dada atau abdomen yang paling biasa berlaku selepas makan atau minum terlalu banyak. | UMUM | |
ABDOMEN | Abdomen ialah rongga badan di antara toraks (dada) dengan rongga pelvik. Dinding otot yang kuat, dikenali sebagai diafram, memisahkan abdomen dari toraks. Tetapi tidak ada struktur yang memisahkan abdomen dari rongga pelvik. Organ abdomen terdiri daripada perut, hati, pankreas, usus, ginjal, kelenjar adrenal dan limpa. Membran nipis yang dikenali sebagai peritoneum melapisi seluruh rongga abdomen dan melitupi kebanyakan organ abdomen. | UMUM | |
TAMMAR | Tammar ialah walabi yang benar-benar kecil. Ia berbulu perang dan leher, dada dan perutnya berwarna putih. Sesetengahnya 60 sentimeter tingginya. Tammar betina beratnya empat kilogram dan tammar jantan beratnya lebih kurang enam kilogram. Tammar hidup di beberapa pulau pantai, dari Kepulauan Abrolhos di pantai barat Australia hingga ke Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Ia juga hidup di tanah besar yang berdekatan, di hutan dan semak samun di desa. | UMUM | |
DIAFRAGMA | Diafragma ialah otot besar yang melekat pada tulang rusuk bawah yang memisahkan dada daripada abdomen. Hanya manusia dan mamalia lain mempunyai diafragma yang sempurna. Diafragma ialah otot utama yang digunakan dalam pernafasan. Ia berbentuk seperti kubah. | UMUM | |