DADAH | Dadah ialah salah satu alat profesion perubatan yang paling berharga. Doktor mempreskripsikan dadah untuk merawat atau mencegah banyak penyakit. Setiap tahun, penisilin dan dadah pembunuh kuman yang lain menyelamatkan nyawa mangsa meningitis, pneumonia, dan penyakit berjangkit lain yang berbahaya. | UMUM | |
METAMFETAMIN | Metamfetamin ialah dadah kuat yang digelar sebagai “speed”. Dadah ini dengan pantas menimbulkan rasa ghairah, kuat dan cergas. Metamfetamin memberikan penagihnya keupayaan untuk bekerja dan bercakap dalam jangka masa yang panjang. Penyalahgunaan metamfetamin boleh membahayakan dan dadah ini hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor. Metamfetamin merupakan salah satu kumpulan dadah yang dipanggil amfetamin. | UMUM | |
PENYALAHGUNAAN DADAH | | UMUM | |
MESKALINA | Meskalina ialah sejenis dadah kuat yang boleh mengubah apa yang dilihat dan didengar serta meningkatkan emosi seseorang. Dadah ini diperoleh daripada bahagian atas atau ‘butang’ pokok kaktus peyote, yang banyak tumbuh di kawasan Mexico dan Tenggara Amerika Syarikat. Native American Church yang mempunyai ahli daripada kalangan Orang Asli Amerika, menggunakan peyote dalam upacara suci keagamaan. Di Amerika Syarikat, Undang-undang Persekutuan mengharamkan pemilikan atau penggunaan dadah ini kecuali untuk tujuan keagamaan itu sahaja. | UMUM | |
DISULFIRAM | Disulfiram ialah dadah yang digunakan bagi merawat alkoholisme (lihat Alkoholisme). Dadah ini juga dikenali melalui cop dagangnya, iaitu Antabuse. | UMUM | |
METADON | Metadon ialah dadah yang digunakan dalam program percubaan yang bertujuan untuk membantu mengatasi masalah ketagihan terhadap dadah seperti heroin, morfin atau candu. Kebanyakan program seperti ini juga meliputi kaunseling untuk membantu penagih mengatasi masalah psikologi, sosial dan pekerjaan. | UMUM | |
AMFETAMIN | Amfetamin adalah mana-mana satu kumpulan dadah sintetik yang merangsang otak, meningkatkan kepekaan pengguna dan kesediaannya untuk bertindak. Dadah ini juga mengawal selera. | UMUM | |
ANESTETIK | Anestetik merupakan satu cabang perubatan yang berkaitan dengan penggunaan dadah untuk menghilangkan kesakitan dan tekanan semasa pembedahan dan bersalin. Doktor dalam bidang ini dinamakan pakar bius. Dia menguruskan dadah yang disebut anestetik. | UMUM | |
DOMAGK, GERHAND | Domagk, Gerhand (1895–1964) ialah doktor Jerman yang telah mengenal pasti pengubatan daripada bahan kimia prontosil rubrum, sejenis dadah sulfa. Dia membuktikan yang dadah ini boleh menghapuskan bakteria streptokoki. Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan yang meluas termasuklah sakit tekak, demam merah dan kayap. | UMUM | |
MORFIN | Morfin ialah sejenis dadah yang digunakan untuk melegakan kesakitan yang amat sangat dan untuk mengubati beberapa masalah perubatan yang lain. Sesetengah orang menggunakan morfin kerana ia membuatkan mereka merasa lebih bahagia. | UMUM | |