Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi, bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya, daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya, daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al- Mukarramah yang menyaksikan turunnya perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al- Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al- Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan dan pembangunan kerana ia merupakan tempat tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun. |