Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.gang] | داݢڠ

Definisi : 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau di­minta, mudah membantu kalau ~ kesukar­an; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniaga­kan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun ter­lalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup men­derita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri ber­bagai-bagai orang asing yg mendatang (sau­dagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana me­men­tingkan urusan orang lain; perahu ber­tambatan, ~ bertepatan prb melakukan se­suatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan bia­sa­nya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak ke­untungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan men­­jadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya mem­perdagangkan barang-barang dagang­an­nya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn ber­hutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cer­gas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah beli­an dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan ber­ku­rangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg di­ce­rita­kannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memaju­kan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan an­tara­bangsa yg tidak dikenakan sebarang se­katan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot per­dagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perda­gangan yg dijalankan secara haram (tanpa mem­bayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd me­rapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan se­cara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd sau­dagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasa­nya dgn sedikit-sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.gang] | داݢڠ

Definisi : Mn; mendagang memikul, meng­usung; dagangan barang-barang yg dipikul; pedagang benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.gang] | داݢڠ

Definisi : 1 datang (berasal) dr luar negeri atau dr tempat asing (bkn orang dll). 2 orang yg merantau (mengembara): Dia ~ di negeri ini. 3 pekerjaan yg berkaitan dgn membeli dan menjual; jual beli. berdagang 1 menjalankan perniagaan; berniaga. 2 = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. memperdagangkan membeli dan menjual sesuatu; memperniagakan: Saudagar itu ~ barang-barang yg dibawa dr negerinya. dagangan 1 barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. ~ cergas dagangan yg banyak melibatkan kegiatan jual beli saham. ~ lembap dagangan yg kegiatan jual beli sahamnya sedikit saja. perdagangan urusan berniaga; perniagaan: ~ antara Malaysia dgn negara-negara jiran semakin maju. ~ bebas perdagangan antarabangsa yg barangan import dr sesebuah negara tidak dikenakan sebarang sekatan, spt kuota atau tarif. pedagang orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagang

Puisi
 

Kajang saya kajang berlipat,
     Kajang tuan mengkuang layu;
Dagang saya dagang bertempat,
     Dagang tuan terbuang lalu.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Laki pulang kelaparan,
     dagang lalu ditanakkan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATUK DAGANG

DATUK DAGANG, salah satu jawatan yang sangat penting dalam sistem pentadbiran tradisional Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Pemegang jawatan ini diberi tanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal orang dagang. Orang dagang merujuk orang Melayu yang baru menetap di kawasan tertentu di negeri-negeri Melayu. Mereka juga ialah para perantau, pengembara dan peneroka yang tinggal di kawasan penempatan yang baru dibuka atau menetap di kampung lain sebagai orang baharu.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
CAP DAGANG UMUM 
HIKAYAT MALEM DAGANG SASTERAKarya
KAIN DAGANG LUAR

KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

BUDAYAKraf Tangan
SYAIR DAGANGSYAIR DAGANG, puisi Melayu tradisional. Berdasarkan pendapat Syed Muhammad Naguib al-Attas, Syair Dagang ialah hasil karya Hamzah Fansuri. SASTERAKonsep
ORANG DAGANG

ORANG DAGANG, satu istilah yang merujuk kepada orang luar. Dalam konteks masyarakat Melayu, orang luar ini biasanya mereka yang datang merantau dari daerah atau negeri di tanah seberang Kepulauan Melayu ke Semenanjung Tanah Melayu dengan tujuan tertentu. Kedatangan mereka biasanya adalah, sama ada untuk tujuan meneroka, berdagang, mencari kehidupan baharu, menuntut ilmu atau melarikan diri atas sebab-sebab tertentu dari tempat asalnya untuk tinggal menetap di kawasan baharu.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MERKUROKROM

Merkurokrom ialah nama dagang bagi antiseptik

lemah yang digunakan dalam larutan air.

Nama rasminya ialah merbromin. Merkurokrom

adalah satu daripada antiseptik yang dikenali

sebagai merkurial organik yang mengandungi

merkuri. Merkurokrom ialah serbuk kasar

berwarna hijau, tetapi dalam larutan air, bahan ini

berwarna merah pekat. Formula kimia

merkurokrom ialah C 20 H 8 O 6 Ha 2 Br 2 Hg. Larutan

merkurokrom biasanya tidak terbakar atau

merengsakan apabila disapu pada luka.

Lihat juga Antiseptik.

UMUM 
ANTABUSE

Antabuse ialah nama dagang ubat yang

digunakan secara meluas untuk merawat

alkoholisme yang kronik. Nama generik ubat ini

ialah disulfiram . Antabuse bukan penyembuh untuk

alkoholisme. Ia dipreskripsikan untuk membantu

mereka yang ingin berhenti meminum arak.

UMUM 
STIROFOAM

Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk

plastik yang dikenali sebagai busa polistirena. Ia

mengandungi berjuta-juta gelembung udara yang

halus, yang menjadikannya nipis dan pengalir haba

yang tidak baik. Stirofoam hanya menyerap air

dalam kadar yang amat sedikit, manakala bakteria

dan kulapuk tidak boleh merosakkannya.

UMUM 
EMPAYAR SONGHAI

Empayar Songhai ialah negara dagang orang

kulit hitam di Afrika yang mencapai puncak

keagungannya pada tahun 1400-an dan tahun

1500-an.

UMUM 
123

Kembali ke atas