DATUK DAGANG | DATUK DAGANG, salah satu jawatan yang sangat penting dalam sistem pentadbiran tradisional Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Pemegang jawatan ini diberi tanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal orang dagang. Orang dagang merujuk orang Melayu yang baru menetap di kawasan tertentu di negeri-negeri Melayu. Mereka juga ialah para perantau, pengembara dan peneroka yang tinggal di kawasan penempatan yang baru dibuka atau menetap di kampung lain sebagai orang baharu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
KAIN DAGANG LUAR | KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SYAIR DAGANG | SYAIR DAGANG, puisi Melayu tradisional. Berdasarkan pendapat Syed Muhammad Naguib al-Attas, Syair Dagang ialah hasil karya Hamzah Fansuri. | SASTERA | Konsep |
ORANG DAGANG | ORANG DAGANG, satu istilah yang merujuk kepada orang luar. Dalam konteks masyarakat Melayu, orang luar ini biasanya mereka yang datang merantau dari daerah atau negeri di tanah seberang Kepulauan Melayu ke Semenanjung Tanah Melayu dengan tujuan tertentu. Kedatangan mereka biasanya adalah, sama ada untuk tujuan meneroka, berdagang, mencari kehidupan baharu, menuntut ilmu atau melarikan diri atas sebab-sebab tertentu dari tempat asalnya untuk tinggal menetap di kawasan baharu. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
CAP DAGANG | | UMUM | |
HIKAYAT MALEM DAGANG | | SASTERA | Karya |
MERKUROKROM | Merkurokrom ialah nama dagang bagi antiseptik lemah yang digunakan dalam larutan air. Nama rasminya ialah merbromin. Merkurokrom adalah satu daripada antiseptik yang dikenali sebagai merkurial organik yang mengandungi merkuri. Merkurokrom ialah serbuk kasar berwarna hijau, tetapi dalam larutan air, bahan ini berwarna merah pekat. Formula kimia merkurokrom ialah C 20 H 8 O 6 Ha 2 Br 2 Hg. Larutan merkurokrom biasanya tidak terbakar atau merengsakan apabila disapu pada luka. Lihat juga Antiseptik. | UMUM | |
ANTABUSE | Antabuse ialah nama dagang ubat yang digunakan secara meluas untuk merawat alkoholisme yang kronik. Nama generik ubat ini ialah disulfiram . Antabuse bukan penyembuh untuk alkoholisme. Ia dipreskripsikan untuk membantu mereka yang ingin berhenti meminum arak. | UMUM | |
STIROFOAM | Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk plastik yang dikenali sebagai busa polistirena. Ia mengandungi berjuta-juta gelembung udara yang halus, yang menjadikannya nipis dan pengalir haba yang tidak baik. Stirofoam hanya menyerap air dalam kadar yang amat sedikit, manakala bakteria dan kulapuk tidak boleh merosakkannya. | UMUM | |
EMPAYAR SONGHAI | Empayar Songhai ialah negara dagang orang kulit hitam di Afrika yang mencapai puncak keagungannya pada tahun 1400-an dan tahun 1500-an. | UMUM | |