Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN DAGANG LUAR

KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

BUDAYAKraf Tangan
TELEPUK

TELEPUK, seni menghias kain dengan perada emas. Biasanya telepuk digunakan untuk menghias kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar, ataupun kain persegi yang dijadikan tengkolok atau tanjak. Telepuk mempunyai sejarahnya sendiri dan dianggarkan telah mula diusahakan sejak abad ke-17 hingga abad ke-18, apabila ia diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui pedagang Bugis yang datang dari Sulawesi.

BUDAYAProses/Tindak Balas
KAIN KELUBUNG

KAIN KELUBUNG, kain atau selendang yang digunakan bagi menutup kepala atau sebahagian muka wanita. Kain kelubung juga dikatakan sebagai kain sarung kedua bagi wanita yang digunakan untuk menutup kepala dan separuh badan. Jika wanita tersebut masuk ke dalam rumah atau bertemu muhrim atau berada dalam majlis, kain ini diikat di pinggang sebagai kain dagang luar.

BUDAYAKraf Tangan
ORANG DAGANG

ORANG DAGANG, satu istilah yang merujuk kepada orang luar. Dalam konteks masyarakat Melayu, orang luar ini biasanya mereka yang datang merantau dari daerah atau negeri di tanah seberang Kepulauan Melayu ke Semenanjung Tanah Melayu dengan tujuan tertentu. Kedatangan mereka biasanya adalah, sama ada untuk tujuan meneroka, berdagang, mencari kehidupan baharu, menuntut ilmu atau melarikan diri atas sebab-sebab tertentu dari tempat asalnya untuk tinggal menetap di kawasan baharu.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas