DAHA | DAHA, kerajaan Hindu yang muncul pada abad ke-9 M. Pusat kerajaan Daha terletak di antara kota Madiun dan Ponorogo kini. Di sana masih terdapat dua makam kuno, tempat pemandian, dan beberapa patung hindu yang dipercayai wujud sejak zaman Hindu. Ada yang berpendapat bahawa kerajaan Daha meluas hingga ke Kediri. Bahkan ada yang berpendapat bahawa kerajaan Daha, adalah di sekitar kota Kediri sekarang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
CERITA PANJI | CERITA PANJI, cerita roman atau pengembaraan yang berasal dari Jawa. Inti cerita panji berpusat pada dua buah kerajaan Jawa kuno iaitu Kuripan dan Daha dengan watak utamanya Raden Inu Kertapati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Cerita ini lahir pada Zaman Jawa Tengahan, iaitu pada zaman kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Majapahit di Jawa Timur. Meskipun terdapat cerita panji Melayu, Siam dan Kemboja, tetapi perbezaannya terletak hanya pada bahasanya, sedangkan ceritanya hampir tidak berbeza daripada cerita panji Jawa. | SASTERA | Konsep |
ISLAM DI KALIMANTAN | ISLAM DI KALIMANTAN, perkembangan agama Islam di Kalimantan pada abad ke-16. Islam tersebar di Kalimantan melalui dakwah oleh para pedagang yang berkunjung ke sana dan menetap di kawasan pesisir. Selain itu, pengaruh Islam berkembang melalui hubungan politik. Pangeran Samudera yang ditabalkan sebagai Raja Banjarmasin dengan gelaran Sultan Suriansyah memeluk agama Islam kerana ingin mendapat bantuan tentera dari kerajaan Demak untuk melawan tentera Daha. Seterusnya Islam tersebar ke luar wilayah kerajaan Banjarmasin juga melalui jalur politik. Kerajaan Kutai menjadi sebuah kerajaan Islam pada tahun 1600, kemudian diikuti oleh kerajaan Kotawaringin (1620), kerajaan Matan (1743), kerajaan Mempawah (1750) dan kerajaan Pontianak (1771). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KEDIRI | KEDIRI, kerajaan Jawa purba di bahagian barat Jawa Timur. Kerajaan ini telah dibentuk oleh Airlangga, pemerintah Jawa Timur (m.m. 1019-1041) yang membahagikan wilayah kekuasaannya kepada dua kerajaan untuk dua orang puteranya. Kerajaan yang pertama, Jenggala, meliputi Surabaya, Rembang dan Pasuruan, manakala kerajaan yang kedua, Panjalu, meliputi Kediri dan Madium. Kerajaan Panjalu, kemudiannya dikenal sebagai kerajaan Kediri. Pusat pemerintahannya di Daha. Daripada kedua-dua buah kerajaan ini, hanya Kediri yang berjaya membangun menjadi sebuah kerajaan besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |