Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dai/] | داءيق

Definisi : benteng atau tembok, biasanya dibuat drpd tanah utk membendung air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dai/] | داءيق

Definisi : benteng atau tembok panjang yg dibuat drpd tanah dll utk menahan air dan mencegah banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daik

Puisi
 

Dari Kelebang pergi ke Daik,
     Dari Daik terus ke Melaka;
Kalau abang berhati baik,
     Sanak saudara semua suka.


Lihat selanjutnya...(46)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK XOCHIMILCO

Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di

Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat “taman

terapung”. Menjelang waktu wilayah tersebut

ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli

Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek

daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara

membina daik. Mereka menimbunkan lumpur

lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk

batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz

“taman terapung” ini beransur-ansur menjadi lebih

besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya

berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong

berperahu di terusan-terusan yang memisahkan

pulau-pulau buatan tersebut.

UMUM 
MONTEZUMA

Montezuma ialah nama dua orang pemerintah

Aztek, di Mexico (lihat Aztek). Nama tersebut dieja

juga sebagai Moctezuma atau Motecuhzoma.

Montezuma I (1390?–1469?), menjadi maharaja

pada tahun 1440. Baginda menjadi terkenal sebagai

pemimpin tentera yang memperluas sempadan

Empayar Aztek hingga ke Teluk Mexico. Baginda

memulakan program pembinaan awam yang amat

besar. Baginda membina satu daik yang besar

untuk menyekat air Tasik Texcoco daripada

membanjiri ibu negaranya Tenochtitlàn (kini

Mexico City). Baginda juga membina akueduk

untuk membawa air tawar daripada mata air di

Chapultepec ke ibu negaranya.

UMUM 

Kembali ke atas