DAISI | Daisi ialah nama yang diberi kepada banyak bunga. Nama ini berasal daripada perkataan Inggeris lama day’s eye. Perkataan ini merujuk kepada bunga daisi yang berkembang seperti mata, tertutup pada waktu malam dan terbuka semula pada waktu subuh. | UMUM | |
KALENDULA | Kalendula ialah kumpulan herba dalam famili daisi. Kebanyakan jenis ini tumbuh di kawasan beriklim sederhana dari Pulau Canary hingga ke Asia Kecil. | UMUM | |
ZINNIA | Zinnia ialah genus tumbuhan taman dalam famili daisi. Terdapat kira-kira 16 spesies. Zinnia berasal dari Mexico dan barat daya Amerika Syarikat. Zinnia yang terkenal ialah tumbuhan taman yang berbunga dalam pelbagai warna. Batangnya yang keras, berbulu boleh tumbuh setinggi 60 sentimeter. | UMUM | |
KOKELBUR | Kokelbur yang juga dikenali sebagai klotbur, ialah nama spesies tertentu rumpai tahunan yang tergolong dalam famili daisi. | UMUM | |
PIRETRUM | Piretrum ialah nama bagi sekumpulan bunga yang berasal dari barat daya Asia, yang menghasilkan serbuk serangga dan ubat. Kuntum bunga piretrum tumbuh satu-satu atau bergugus pada batang yang tegak yang tumbuh setinggi 30 sentimeter atau lebih. Ia kelihatan seperti bunga daisi dengan rujinya berwarna samar, putih, merah lembayung, atau lilac. Ia mekar pada musim bunga atau awal musim panas dan ditanam sebagai bunga taman atau bunga untuk dipotong. | UMUM | |