Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam talian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UJIAN HIDROSTATIKKaedah ujian yang perlu dilakukan terhadap bekas bertekanan dan talian paip bagi memastikannya bebas daripada sebarang kebocoran. Ujian hidrostatik selalunya diperlukan jika talian paip atau bekas bertekanan beroperasi pada tekanan yang setara atau melebihi 30 peratus daripada Tegasan Hoop. Ujian hidrostatik juga digunakan untuk menentukan tahap kekuatan bekas bertekanan dan talian paip. Ujian hidrostatik dilakukan selepas selesai operasi pemasangan. Ia dilakukan dengan memasukkan medium ujian ke dalam paip atau bekas bertekanan dan diberikan ...rujuk ensiklopedia sains dan teknologiKEJURUTERAANKaedah
ALISUM WANGI

Alisum wangi ialah tumbuhan rendah yang

merebak yang mempunyai gugusan bunga kecil. Ia

ialah tumbuhan talian lasak yang boleh disemai

pada awal musim bunga. Ia biasanya berbunga

dalam masa enam minggu selepas ditanam.

UMUM 
SIEMENS

Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang

saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman.

Werner von Siemens (1816–1892) membina talian

telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah

lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina

landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan

membantu memasang kabel telegraf laut dalam

yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian

kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan

menambahbaikkan proses penyaduran elektrik.

Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan

oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan

landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir

di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman.

UMUM 
METER ELEKTRIK

Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus

elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan

meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam,

amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh

pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam.

Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan

selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam

elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik

menyambungkan meter kepada talian yang

membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter

dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat

berdasarkan bacaan ini.

UMUM 

Kembali ke atas