| MELANAU | MELANAU, kaum bumiputera yang keempat terbesar di Sarawak setelah kaum Iban, Melayu dan Bidayuh. Pada asalnya, mereka tidak menamakan diri mereka Melanau. Panggilan Melanau ini diperkenalkan semasa pemerintahan Brunei. Orang Melanau, terutama di kawasan Mukah, Oya dan Dalat memperkenalkan diri mereka sebagai ‘a-likou’ iaitu orang sungai. Sungguhpun begitu ‘likou’ juga bermaksud orang Melanau yang masih mengamalkan kepercayaan lama. Mereka juga memperkenalkan diri mereka mengikut nama tempat. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
| RASCOM | RASCOM, pasukan kawalan keselamatan kawasan Rajang, Sarawak. Organisasi tentera yang terdiri daripada pelbagai bahagian di bawah pemerintahan bersama ini lebih dikenal sebagai Rajang Area Security Commad atau RASCOM dan ditubuhkan di Bahagian Ketiga Sarawak. Pada 25 Mac 1972, keseluruhan Bahagian Ketiga Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan Keselamatan Istimewa oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia. Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Mukah, Oya dan Dalat. Kawasan kawalan diperluaskan di Binatang (Bintagor), Sarikei dan Julau, serta Song dan Kapit. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |