Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ma/] | دامق

Definisi : = anak ~ dawai atau buluh dll (yg tajam hujungnya dan bergabus pangkalnya) yg di­gunakan sbg peluru bagi sumpitan, anak sumpitan; mendamak 1. menyumpit dgn berpelurukan damak; 2. mulai berduri (bkn putik durian); tak dapat didamak dipikat prb kalau tidak dapat dgn kekerasan, haruslah dgn lemah lembut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ma/] | دامق

Definisi : = anak ~ bilah buluh dll yg tajam hujungnya dan bergabus pangkalnya utk digunakan sbg peluru atau sbg anak sumpitan. mendamak menyumpit dgn berpelurukan damak: Orang-orang Senoi pandai ~ binatang hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damak

Puisi
 

Dari Damak terus ke Bentan,
     Pergi berburu balik hari;
Desa semak dahulunya hutan,
     Tidak disangka jadi negeri.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUMPITAN

Sumpitan ialah pembuluh di mana damak

beracun atau bebola tanah liat ditiupkan

melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat

daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat

dengan membuat lubang dalam galah kayu.

Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2

meter panjang, dan dipasang muncung dan alat

untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus

untuk menyumpit burung dan monyet di hutan

tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal

dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman

Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan

sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang

tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan.

UMUM 
POKOK IPOH

Pokok ipoh ialah sejenis pokok hutan besar

yang tumbuh di bahagian tenggara Asia dan

Indonesia. Penduduk tempatan mencampurkan

susu getahnya yang beracun dengan racun

tumbuh-tumbuhan lain untuk disapukan pada

hujung anak panah dan damak.

UMUM 

Kembali ke atas