Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damsyik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT HASAN DAMSYIK SASTERAKarya
DAMSYIK

Damsyik ialah ibu negara Republik Arab Syria,

iaitu bandar terbesar di Syria, dan salah sebuah

bandar tertua di dunia.

UMUM 
MASLAMAH IBN ABD AL-MALIK

Maslamah ibn Abd al-Malik ialah penakluk

bangsa Arab. Dia lahir dan dibesarkan di Damsyik

serta mempunyai pengetahuan yang luas.

UMUM 
ADIB ISHAQ

Adib Ishaq (1272 H.–1302 H./1856 M.–1885 M.) ialah

sasterawan, penyair dan wartawan. Dia berasal dari

Syria dan lahir di Damsyik tetapi meninggal dunia di

Lubnan.

UMUM 
SYRIA

Syria ialah negara Arab di hujung timur Laut

Mediterranean. Negara ini mempunyai dataran yang

beralun, lembah sungai yang subur dan gurun yang

gersang. Damsyik ialah ibu negara Syria dan bandar

raya terbesar.

UMUM 
YAZID IBN MU‘AWIYAH

Yazid ibn Mu‘awiyah (25–64 H/645–683 M),

khalifah kedua daripada kerajaan Umawiyyah di

Syam. Nama penuhnya ialah Yazid ibn Mu ‘awiyyah

ibn Abi Sufyan al-Umawiy. Dia lahir di Damsyik

dan ditabalkan menjadi khalifah selepas kematian

bapanya pada tahun 60 H/680 M.

UMUM 
ZIRIKLIY, KHAYR AL-DIN AL-

Zirikly, Khayr al-Din al- (1310 H–1396 H/ 1793 M–1976 M)

ialah sasterawan, penyair, dan

pengarang. Nama penuhnya ialah Khayr al-Din ibn

Mahmud ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn Faris al-Zirikliy

al-Dimashqi. Dia lahir di Beirut. Ibu bapanya

berasal dari Damsyik. Dia dibesarkan dan

mendapat pendidikan di Damsyik serta berguru

dengan para ulama di sana. Kemudian, dia

menumpukan perhatian dalam bidang sastera dan

berjaya menerbitkan majalah mingguan yang

bertajuk al-Asma’i.

UMUM 
PERANG YARMUK

Perang Yarmuk berlaku pada tahun 15 H./636

M. antara tentera Islam di bawah pimpinan Khalid

ibn al-Walid dengan tentera Rom di bawah

pimpinan Thiordas, pada zaman pemerintahan

Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab. Pada awal

pertempuran ini, tentera Islam telah berjaya

mengalahkan tentera Rom di bandar Fahl. Mereka

juga telah meneruskan penguasaannya sehingga

ke sempadan Damsyik. Di sana, tentera Islam

mengepung kota ini selama hampir setahun tujuh

bulan. Kemudian pihak musuh telah menyerah

diri. Hal ini berlaku pada tahun 14 H./635 M. Kesan

daripada penawanan Damsyik daripada tangan

tentera Byzantine Rom itu telah menyebabkan raja

mereka, Hercules menggerakkan bala tentera

yang dianggarkan seramai 200 000 anggota yang

dipimpin oleh saudaranya, Thiordous menentang

tentera Muslimin yang berjumlah 25 000 orang

yang dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid.

Peperangan antara kedua-dua pihak tidak dapat

dielakkan. Pihak tentera Islam telah memperoleh

kemenangan.

UMUM 
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL-

Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370

M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir

dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al-

Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama

Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam

wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah

saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai

Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan

menuntut ilmu daripada alim ulama di sana.

Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama

ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu

daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya

sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan

al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah

mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa.

Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18

tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa.

Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di

Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab.

Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh

Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang

dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al-

Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat

al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al-

Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul

al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’.

Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik.

UMUM 
NAYSABURIY, ‘ABDULLAH AL-

Naysaburiy, ‘Abdullah al- (706–776 H./1306–

1374 M.), faqih Mazhab Hanafi, cemerlang dalam

bahasa Arab, mendalami tentang al-Manqul dan al-

Ma‘qul . Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Muhammad ibn Ahmad al-Husayniy al-Naysaburiy.

Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menyifatkannya sebagai

Zamakhshariy pada zamannya. Al-Naysaburiy

bekerja sebagai guru di al-Madrasah al-Asadiyyah

di Halab, iaitu sebuah sekolah Mazhab Syafi‘i dan

juga mengajar di Qubbat al-Asadiyyah di Damsyik,

sebuah sekolah Mazhab Hanafiy. Dia menetap di

Damsyik dan Kaherah untuk menyebarkan ilmu

pengetahuan. Al-Naysaburiy kemudiannya dilantik

sebagai syeikh tarekat di salah sebuah tempat

bersuluk ( al-khawaniq ). Dia menulis kitab Syarh al-

Manar mengenai Usul al-Fiqh berdasarkan

perbincangan yang dibuat oleh al-Nasafiy dan

menulis Syarh al-Tashil mengenai nahu.

UMUM 
12

Kembali ke atas