DANA PASARAN WANG | Dana pasaran wang ialah sebuah dana bersama yang hanya melabur sekuriti jangka pendek. Istilah pasaran wang merujuk kepada menjual dan membeli sekuriti. Dana pasaran wang juga dikenali sebagai dana aset cair, dana tunai, atau dana wang. | UMUM | |
DANA, RICHARD HENRY, JR. | Dana, Richard Henry, Jr. (1815–1882), penulis Amerika yang terkenal dengan cerita kembaraan di laut, Two Years Before the Mast (1840). Buku ini menjadi satu daripada cerita laut yang paling popular dan terkenal yang pernah ditulis. | UMUM | |
SYARIKAT SAHAM BERSAMA | Syarikat saham bersama ialah satu bentuk organisasi perniagaan yang memperoleh dana melalui penjualan stok saham (modal syarikat) kepada sekumpulan individu bagi menjalankan perniagaan. Syarikat ini banyak ditubuhkan pada tahun 1600-an dan tahun 1700-an ialah pelopor syarikat dan perbadanan moden yang terdapat pada hari ini (lihat Perbadanan; Syarikat). | UMUM | |
EXCHEQUER | Exchequer ialah sebuah jabatan dalam Perbendaharaan United Kingdom. Ia mengumpul, mengurus dan membelanjakan dana kerajaan. Exchequer ialah sejenis akaun bank negara. | UMUM | |
STAMP ACT | Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana bagi menyokong tentera British yang berpangkalan di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen minuman keras, lesen undang-undang, bermain terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan mereka. | UMUM | |
SASTERAWAN | SASTERA, majalah bulanan. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Mei 1961 di Jakarta, Indonesia oleh PT Interpress dan dicetak oleh Percetakan Negara. Sastera memperoleh dana daripada Sudjati S.A. Sastera diterbitkan hasil usaha H.B. Jassin dan beberapa orang penyelenggara Kisah. H.B. Jassin dilantik sebagai ketua redaksi, D.S. Moeljanto sebagai penyelenggara redaksi dan M. Balfas sebagai Sekretaris redaksi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kitab |
SENI UNTUK MASYARAKAT | SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas. Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik. | SASTERA | Konsep |
SASTRA | SASTRA, majalah bulanan. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Mei 1961 di Jakarta, Indonesia oleh PT Interpress dan dicetak oleh Percetakan Negara. Sastera memperoleh dana daripada Sudjati S.A. Sastera diterbitkan hasil usaha H.B. Jassin dan beberapa orang penyelenggara Kisah. H.B. Jassin dilantik sebagai ketua redaksi, D.S. Moeljanto sebagai penyelenggara redaksi dan M. Balfas sebagai sekretaris redaksi. | SASTERA | Penerbitan |
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi. Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan. Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |