Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN MELAYU KEDAH

KESATUAN MELAYU KEDAH, persatuan politik konservatif nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Kedah pada tahun 1945. Antara pemimpin utama Ke­satuan Melayu Kedah termasuklah Haji Hussein Che' Dol, Ayub bin Abdullah, Abdul Hamid Abdullah, Senu Abd. Rahman, Omar bin Din dan Haji Muhamad Rejab Darus. Pada tahun 1946, ahli kesatuan seramai 5940 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GAPIM

GAPIM, persatuan penulis Islam. GAPIM ialah singkatan gabungan penulis Islam Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 30 Mei 1976 di Dewan Syarifah Radziah, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Pengasas persatuan ini ialah sekumpulan penulis dan peminat sastera Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada aktivis belia dan pelajar daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Antara pengasas dan pendukung utama GAPIM termasuklah Osman Abu Bakar, Kamaludin M/ Zain, Ibrahim Ali, Surhadi Dasuki, Amaludin Darus, Baharuddin Latif, Ahmad Azam, Suhor Hussein, Anas K. Hadimaja, Nakhaie Haji Ahmad dan Abdul rahman Rukaini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas