RECIFE |
Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]). Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil, tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur, dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan gula. Recife mempunyai empat buah universiti. Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823. | UMUM | |
SURAH AL-TAHRIM | Surah al-Tahrim ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-66 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat. Surah ini dikenali dengan al-Tahrim, kerana perkataan ini telah datang di permulaan surah al- Tahrim yang bermaksud: “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu)”. (Surah al-Tahrim 66:1) | UMUM | |
ADAT PERPATIH | ADAT PERPATIH, sistem sosiobudaya tradisional yang lengkap, terdapat di kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan Naning (Melaka) dan merupakan warisan daripada sistem sosiobudaya yang datang dari wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. 1"> | BUDAYA | Konsep |
SURAH AL-IKHLAS | Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi empat ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas (ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran iman yang tidak diselit oleh sifat riya’. Diriwayatkan bahawa golongan musyrikin datang bertemu Rasulullah s.a.w., lantas berkata: “Wahai Muhammad, gambarkan kepada kami tentang Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka turunlah ayat yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Maha Esa. Allah tempat bergantung”. (Surah al-Ikhlas 112:1–2) | UMUM | |
BOKOR HUTASUHUT | BOKOR HUTASUHUT (1934- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia. Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua). Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah Waktu dan Pelangi di Medan (1955-1962). Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966). Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung. Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an. Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an. Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra. Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah Datang Malam (1963). Sedangkan novelnya pula ialah Penakluk Ujung Dunia (1964) dan Tanah Kesayangan (1965). Cerita bersirinya yang berjudul Pantai Barat menerima Hadiah Kedua majalah Sastra (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988. | SASTERA | Tokoh |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |