DATU PIANG | DATU PIANG (? -1902), pemimpin tradisional di Cotabato, selatan Filipina pada akhir abad ke-19. Dia juga dikenal dengan nama Amai Mengka dan Tuye Tan, mempunyai darah campuran Cina dan Maguindanao. Datu Piang mendapat kepercayaan Datu Uto, orang yang paling berkuasa di lembah Sungai Pulangi atau Cotabato, sehingga dia dilantik sebagai orang kanan Datu Uto untuk mengurus semua harta dan perbelanjaan Datu Uto. Dia juga menantu Datu Ayunan, salah seorang datu yang berpengaruh di Cotabato. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATU UDTOG MATALAM | DATU UDTOG MATALAM (1900-an - ?), pemimpin Islam Filipina. Dia lahir di Pagalungan, Cotabato. Pengaruhnya sebagai Gabenor Cotabato amat kuat, malah kerajaan Filipina di Manila tidak berani menentangnya. Dia memerintah Cotabato seolah-olah wilayah tersebut milik peribadinya. Salah satu asas kekuatannya ialah latar belakang keluarganya, iaitu keluarga Matalam di Pagalungan di bahagian hulu dan keluarga Sinsuat di bandar Cotabato di bahagian hilir. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATU DIMANSAKAY | DATU DIMANSAKAY (? -1597), Sultan Maguindanao yang keempat. Kesultanan Maguindanao telah diasaskan oleh Sharif Muhammad Kebongsuan pada awal abad ke-16. Baginda menaiki takhta pada sekitar tahun 1579. 1"> 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | 1; LEFT: 0pt; POSITION: absolute; mso-ignore: vglayout"> TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PANGERAN BENDAHARA | PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei. Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca. Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil). Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa. Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32). Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. 1"> | BUDAYA | Konsep |
CIREBON | CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Purwaka Caruban NagariI> membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |