TEMBIKAI | Tembikai ialah nama buah daripada beberapa jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu. Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut pada benda yang dipanjatnya. <i> Sulur paut i> ialah daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30 sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4 kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah. | UMUM | |
POKOK TULIP | Pokok tulip juga dinamakan <i> poplar kuning i> dan <i> poplar tulip i> , ialah pokok daun lebar yang tertinggi di timur Amerika Syarikat. Di hutan, ia boleh tumbuh setinggi melebihi 60 meter, dan batangnya mungkin setebal 1.5 meter hingga 3 meter di bahagian pangkal. Ia tumbuh dari selatan New England hingga ke Florida dan ke arah barat hingga ke selatan Missouri dan Louisiana. | UMUM | |
ATI-ATI | DAUN ATI-ATI, (<I style="mso-bidi-font-style: normal">Coleus, I>iaitu<I style="mso-bidi-font-style: normal"> C. amboinicus, C. atropurpureus I>dan<I style="mso-bidi-font-style: normal"> C. blumeiI>), sejenis tumbuhan renik semusim. Tumbuhan ati-ati ditanam kerana keindahan bentuk daun dan warna daunnya yang menarik. Kawasan asal <I style="mso-bidi-font-style: normal">Coleus I>ialah di bahagian Tropika Dunia Lama. 1"> | BUDAYA | Flora dan Fauna |
SENDUDUK | SENDUDUK (<I style="mso-bidi-font-style: normal">Malastoma malabathricumI> daripada famili <I style="mso-bidi-font-style: normal">Melastomataceae)I>, pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama. Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
SIALANG | SIALANG <I style="mso-bidi-font-style: normal">(Koompassia excelsa (Becc.) TaubI>. daripada <I style="mso-bidi-font-style: normal">famili Leguminosae)I>, sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia. Nama lain bagi pokok ini ialah tualang. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m. Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom. Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali. Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak. Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri. | BUDAYA | Flora dan Fauna |