PUDING | Puding ialah sekumpulan pokok renek tropika, malar hijau yang tergolong dalam famili spurg e. Terdapat kira-kira 15 spesies. Puding berasal dari Asia Tenggara dan Pasifik. Ia ditanam kerana daunnya yang berwarna-warni. Daunnya sepanjang 10 sentimeter hingga 15 sentimeter, berbentuk tombak, atau terbahagi menjadi cuping. Ia mungkin berbintik-bintik, bercarik-carik atau berbelang-belang berwarna kuning, putih, hijau, samar, dan merah. Corak daunnya berbeza-beza daripada satu daun kepada daun lain pada pokok yang sama. | UMUM | |
SHAMROCK | Shamrock ialah sejenis herba kecil yang daunnya terdiri daripada tiga anak daun. Ia ialah simbol kebangsaan Ireland. Mengikut legenda, Saint Patrick menanam Shamrock di Ireland kerana ketiga-tiga anak daunnya menggambarkan Triniti Suci. Ramai orang Ireland memakai shamrock pada Hari Saint Patrick. Shamrock berasal daripada perkataan Irish yang bermakna trefoil (tiga daun). | UMUM | |
POKOK DAUN LURUH | Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok daun luruh gugur daunnya pada musim luruh. Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya, tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok. Sebelum daun mati, bahan makanan yang terkandung dalam daun diserapkan semula kepada ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar. Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh yang biasa yang mempunyai daun jejarum. | UMUM | |
SEMALU | Semalu ialah pokok renek kecil yang merimbun, yang tumbuh di kawasan tropika di Hemisfera Barat. Ia dikenali sebagai semalu kerana anak daunnya tertutup apabila disentuh atau terdedah kepada wasap yang kuat. Pada masa yang sama, tangkai daunnya membengkok ke arah batang utama seolah-olah ia mengecut kerana disentuh. Semalu kadangkala ditanam di rumah hijau sebagai suatu kepelikan. Daun bagi banyak anggota famili kacang pis tertutup pada waktu malam. Pengelasan saintifik. Semalu tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Mimosa pudica . Lihat juga Tumbuhan telegraf. | UMUM | |
TEMBAKAU | Tembakau ialah tumbuhan yang daunnya digunakan terutamanya untuk membuat rokok dan cerut. Keluaran tembakau yang lain termasuk tembakau hisap untuk sentil, tembakau songel atau tembakau sugi dan tembakau sedut. Gred daun tembakau yang kurang baik digunakan untuk membuat racun serangga dan disinfektan. Tangkai dan batangnya dijadikan ramuan sesetengah jenis baja. | UMUM | |
SWISS CHARD | Swiss chard ialah sayur laman. Daunnya dimakan sebagai sayur. Swiss chard berkaitan dengan tumbuhan bit biasa. Ia menyerupai bit, tetapi akarnya tidak besar berisi. Swiss chard mempunyai akar kecil berkayu yang tidak boleh dimakan. Sayur ini mempunyai batang daun yang berisi, daun yang besar, dan berwarna hijau tua. Sesetengah jenis mempunyai daun berwarna kuning pucat dan yang lain mempunyai daun dan batang-daun berwarna merah terang. | UMUM | |
POKOK PELURU MERIAM | Pokok peluru meriam ialah pokok Amerika Selatan yang meluruhkan daunnya lebih daripada sekali setahun. | UMUM | |
ROSEMARY | Rosemary ialah pokok renek malar hijau dalam famili pudina yang terkenal kerana keharuman daunnya. Rosemary tumbuh liar di kawasan Mediterranean dan tingginya dari 60 hingga 180 sentimeter. | UMUM | |
SWEET FLAG | Sweet flag ialah tumbuhan tinggi bak mensiang, dalam famili arum. Ia tumbuh di sepanjang anak air dan di rawang di hampir semua bahagian di Hemisfera Utara. Daunnya leper dan panjangnya 60 sentimeter hingga 180 sentimeter. Ia berbentuk seperti pedang dua mata. Batang sweet flag hampir seperti daunnya, tetapi lebih keras dan mengeluarkan spika bunga yang kecil, hijau berhampiran dengan puncaknya. Daun dan batangnya tumbuh secara langsung dari stok akar bawah tanah. Stok akarnya digunakan sebagai tonik, dan untuk membuat minyak wangi dan sediaan bilik mandi. Di Eropah, stok akarnya dijadikan makanan. Pengelasan saintifik. Sweet flag tergolong dalam famili arum, Araceae. Ia adalah Acorus calamus. | UMUM | |
MULGA | Mulga ialah perkataan Orang Asli bagi pokok watel yang kecil, merimbun berwarna kelabu hijau yang tumbuh di kawasan luas di pedalaman Australia. Daunnya berguna sebagai foder. Kayunya yang tahan lama, berserta kayu sap berwarna kuning cerah dan teras kayu berwarna perang tua, digunakan untuk membuat barang hiasan dan tiang pagar. Pengelasan saintifik. Mulga tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Acacia aneura | UMUM | Umum |