Müller, Paul Hermann (1899–1965) ialah ahli kimia Switzerland, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1948 untuk fisiologi atau perubatan kerana menemui sifat-sifat membunuh serangga pada DDT (dikloro-difenil-trikloroetana). Nama akhirnya dieja Mueller. DDT pertama kali dihasilkan di Austria pada tahun 1873, tetapi Müller menemui nilai DDT sebagai pembunuh serangga pada tahun 1939. DDT digunakan dengan meluas semasa Perang Dunia II (1939–1945) untuk membunuh kutu badan yang membawa penyakit tifus. Müller lahir di Olten, Switzerland. Lihat juga DDT. |