TAHUN DUA PULUHAN YANG BERGELORA | Tahun Dua Puluhan yang Bergelora, merupakan dekad 1920-an yang menarik. Tempoh ini berkait rapat dengan perubahan ekonomi di Amerika Syarikat dan perubahan sosial yang tersebar luas di beberapa negara di Eropah. Zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Jaz dan Dekad Dolar. | UMUM | |
APPOLINAIRE, GUILLAUME | Appolinaire, Guillaume (1880–1918), penyair Perancis yang merupakan salah seorang pemimpin seni di Paris pada dekad sebelum Perang Dunia I (1914–1918). Kesannya terhadap syair sama seperti rakannya Pablo Picasso dalam lukisannya. Appolinaire bereksperimen dalam gaya kesusasteraan moden. Sebagai pengkritik seni, dia berjuang untuk kubisme dan lukisan abstrak awal. Pada tahun 1917, dia mencipta perkataan surealisme (lihat Surealisme ). | UMUM | |
PERANG MEXICO | Perang Mexico (1846–1848) ialah pertempuran antara Amerika Syarikat dengan Mexico kerana perselisihan yang berterusan selama dua dekad. Selama perang tersebut, pasukan tentera Amerika Syarikat telah menyerang Mexico dan menduduki ibu kotanya, Mexico City. Mengikut Perjanjian Guadalupe Hidalgo, Amerika Syarikat memperoleh wilayah California, Nevada dan Utah, hampir seluruh Arizona dan New Mexico, serta bahagian Colorado dan Wyoming daripada Mexico . Namun, kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang itu merupakan serangan yang tidak sepatutnya dibuat terhadap sebuah negara yang lemah. | UMUM | |
PERADUAN MENGARANG CERPEN | PERADUAN MENGARANG CERPEN, peraduan menulis genre cerpen. Peraduan mengarang cerpen bermula pada tahun 1949 apabila Jawatankuasa Khutub-khanah UMNO, Johor Bahru menganjurkan peraduan ini. Pemenang utama pertama ialah Wan Cik Abdullah dengan cerpen “Cinta Terbelai”, pemenang utama kedua ialah Siti Aishah Perak dengan cerpen “Pembalasannya” dan pemenang ketiga utama ialah Jamil Sulong dengan cerpen “Kalau Dah Cinta”. Peraduan mengarang cerpen ini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada penaja, penganjur dan pengarang sepanjang dekad 1950-an. Fenomena ini berterusan hingga ke dekad 1990-an, walaupun ada kalanya penaja dan penganjur menggunakan istilah ’sayembara’ penulisan cerpen. | SASTERA | Konsep |
GERAKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU | GERAKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU, satu aliran kebangsaan dalam sejarah politik Melayu yang muncul pada dekad pertama abad ke-20. Gerakan ini mencapai kemuncak kegiatannya selepas Perang Dunia Kedua tamat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA | SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia. Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran. Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an. Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SYEIKH NIK MAT KECHIK | SYEIKH NIK MAT KECHIK (1844-1915), ulama dan penulis. Beliau lahir di Pulau Duyong, Terengganu. Pada waktu itu, keluarganya berpindah ke Terengganu selepas gagal dalam pemberontakan menentang Siam pada dekad 1830-an. Meskipun beliau memakai gelaran al-Fatani di belakang namanya, tetapi beliau tidak dilahirkan di Patani. Nama sebenarnya ialah Syeikh Muhamamad bin Ismail Daudy al-Fatani. Beliau digelar Syeikh Nik Mat Kechik bagi membezakannya dengan seorang lagi ulama Patani sezaman, Syeikh Muhammad bin Abdullah yang biasa dikenali dengan nama Syeikh Nik Mat Besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SENJAKALA | SENJAKALA, novel karya Baharuddin Kahar. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Novel ini telah diulang cetak beberapa kali, terutama apabila dijadikan teks wajib mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir dekad 1980-an. | SASTERA | Karya |
BOKOR HUTASUHUT | BOKOR HUTASUHUT (1934- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia. Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua). Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah Waktu dan Pelangi di Medan (1955-1962). Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966). Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung. Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an. Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an. Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra. Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah Datang Malam (1963). Sedangkan novelnya pula ialah Penakluk Ujung Dunia (1964) dan Tanah Kesayangan (1965). Cerita bersirinya yang berjudul Pantai Barat menerima Hadiah Kedua majalah Sastra (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988. | SASTERA | Tokoh |