Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.lé.ga.si] | ديليݢاسي

Definisi : (délégasi) 1. rombongan yg mewakili sesebuah negara dlm perundingan (persidang­an dsb), perwakilan; 2. tindakan mengamanah­kan atau menurunkan hak (kuasa, tugas, tang-gungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb); 3. Id pemindahan wang atau hutang kpd orang lain; mendelegasikan mengamanahkan atau me­­nurunkan hak (kuasa, tugas dan tang­gungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.lé.ga.si] | ديليݢاسي

Definisi : /délegasi/ orang atau kumpulan orang yg dipilih utk mewakili sesebuah negara dsb ke sesuatu persidangan, perundingan dll; perwakilan; perutusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata delegasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MYRDAL, ALVA REIMER

Myrdal, Alva Reimer (1902–1986) ialah

diplomat Sweden dan ahli sosiologi. Dia menjadi

popular kerana menggalakkan perlucutan senjata

nuklear dan keamanan dunia. Dari tahun 1962

hingga tahun 1973, dia mengetuai delegasi

Sweden ke Persidangan Perlucutan Senjata

Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

Myrdal berkongsi Hadiah Nobel Keamanan pada

tahun 1982 dengan Alfonso Garcia Robles dari

Mexico. Dia menulis The Game of Disarmament

(1976) dan War, Weapons, and Everyday Violence

(1977), beberapa buah buku lain dan beberapa

artikel tentang perlucutan senjata.

Myrdal lahir di Uppsala, Sweden. Dia lulusan

dari University of Stockholm dan menerima ijazah

sarjana dari University of Uppsala. Myrdal

menjadi duta wanita pertama Sweden. Suaminya,

Gunnar Myrdal ialah ahli sosiologi dan ekonomi.

UMUM 
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

Temenggung Jugah anak Barieng, Tun

(1900–1981) ialah ahli politik Sarawak. Dia merupakan

salah seorang yang menandatangani Perjanjian

Malaysia yang diadakan di London pada tahun 1963.

Setelah Malaysia dibentuk, dia dilantik sebagai

Menteri Hal Ehwal Sarawak sehingga tahun 1974.

Ketika konfrontasi berlaku antara Malaysia dengan

Indonesia pada tahun 1963, dia menganggotai

delegasi Malaysia ke Bangkok pada tahun 1966 untuk

mengadakan rundingan menamatkan konfrontasi itu.

Pada tahun 1967, dia telah merapatkan hubungan

suku kaum Kayan dan Kenyah Sarawak dengan suku

kaum Kayan dan Kenyah Indonesia di Long Jawi,

Kalimantan , Indonesia .

UMUM 
ORLANDO, VITTORIO EMANUELE

Orlando, Vittorio Emanuele (1860–1952),

berkhidmat sebagai perdana menteri Itali dari tahun

1917 hingga tahun 1919. Dia memegang jawatan

sebaik-baik sahaja selepas tentera Itali mengalami

kekalahan teruk dalam Perang Dunia I. Dia

berusaha untuk menaikkan semangat orang awam

dan tentera yang berdisiplin membantu Itali dalam

perang, bersama-sama tentera Berikat, sehinggalah

pihak Berikat mencapai kemenangan pada tahun

1918. Selepas perang, dia mengetuai delegasi Itali

ke Persidangan Keamanan Paris pada tahun 1919.

Dia meninggalkan persidangan itu buat sementara

waktu kerana memprotes pihak Berikat yang tidak

memenuhi tuntutan Itali terhadap bekas wilayah

Austria. Penentangnya dalam Parlimen kemudian

memaksa dia meletakkan jawatan sebagai perdana

menteri.

UMUM 
TRISNO SUMARDJO

TRISNO SUMARDJO (1916 – 1969), pelukis, penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 6 Disember 1916 di Surabaya, Jawa Timur. Trisno Sumardjo mempunyai kelulusan AMS-II Barat Klasik dari Yogyakarta, Jawa Tengah, pada tahun 1937. kemudian dia menjadi guru sekolah swasta (1938 – 1942) dan sebagai Pegawai Jawatan (Jabatan) Kereta Api (1942 – 1948). Dia juga menjadi editor majalah Seniman (1947 – 1948), ketua majalah Indonesia (1947 – 1948), Sekretaris Lembaga Kebudayaan Indonesia (1950), editor penyelaras majalah Seni (1954), Sekretaris Umum Badan Musyawarat Kebudayaan Nasional (1956), Ketua Delegasi Pengarang Indonesia ke Republik Rakyat China (1957), editor penyelaras majalah Gala (1968) dan Ketua Badan Pengurus Harian Taman Ismail Marzuki (TIM), merangkap sebagai Ketua Kesenian Jakarta yang pertama (1968 – 1969). Pada tahun 1952, Trisno Sumardjo mendapat biasiswa Rockfeller dalam rangka lawatan muhibbah ke Amerika Syarikat dan ke beberapa negara Eropah Barat. Pada 17 Ogos 1963, dia menandatangani Manifes Kebudayaan, di Jakarta.

SASTERATokoh

Kembali ke atas