ANTINEUTRON | Antineutron ialah pasangan neutron yang mempunyai cas yang bertentangan. Pasangan demikian, yang dinamakan antizarah wujud pada semua zarah atom. Neutron tidak mempunyai cas elektrik, tetapi terdiri daripada zarah bercas kecil yang dikenali sebagai kuark . Cas kuark dalam antineutron adalah terbalik. Apabila antineutron dan neutron berlanggar, ia boleh memusnahkan satu sama lain. Semasa berlaku demikian, ia membebaskan tenaga. Antineutron ditemui pada tahun 1956. Lihat juga Antijirim; Neutron. | UMUM | |
ATEISME | Ateisme ialah kepercayaan bahawa Tuhan tidak wujud. Oleh yang demikian, ateisme bertentangan dengan ajaran banyak agama besar di dunia, termasuk agama Islam, Kristian, dan Yahudi. Agama-agama ini mengajar manusia tentang kepercayaan kepada tuhan yang mencipta semua makhluk serta hubungan manusia dengannya. | UMUM | |
POKOK RUMBAI | Pokok rumbai ialah pokok kecil atau pokok renek yang dinamakan demikian kerana kelopak bunganya bak benang atau bak rumbai berwarna putih. Ia juga dikenali sebagai janggut orang tua ( old man’s beard ). Pokok rumbai ini tumbuh sehingga kira-kira 10 meter tingginya. Bunganya yang halus mekar pada awal musim bunga. | UMUM | |
SIPUT KON | Siput kon ialah satu daripada beberapa siput laut, yang dinamakan demikian kerana cangkerangnya berbentuk kon. Cangkerang banyak spesiesnya mempunyai tanda-tanda yang cantik. Kebanyakan spesies hidup di kawasan Indo-Pasifik dan di perairan di luar pantai utara Australia. | UMUM | |
PERKONGSIAN UNTUNG | Perkongsian untung. Ramai majikan berkongsi untung dengan pekerjanya. Mereka berbuat demikian untuk menggalakkan daya pengeluaran (kerja yang produktif) dan untuk memujuk pekerja supaya kekal dalam syarikat. | UMUM | |
RIBUT MAGNET | Ribut magnet ialah keadaan turun naik yang kuat dalam medan magnet bumi. Ribut demikian disebabkan oleh zarah-zarah tenaga tinggi dan sinaran kuat yang dikeluarkan oleh matahari hasil daripada aktiviti suria. Keseluruhan paras aktiviti ribut magnet berbeza-beza mengikut kitaran | UMUM | |
SENI KERTAS | Seni kertas merujuk kepada penggunaan kertas hias. Manusia mereka bentuk dan menggunakan kertas demikian sejak bertahun- tahun. Kebanyakan kertas hias dibuat daripada kertas yang dihasilkan oleh mesin. Tetapi sesetengah kertas hias yang halus dibuat daripada kertas buatan tangan. Pencetakan kertas hias melibatkan penggunaan proses seni grafik seperti bongkah kayu dan turisan bongkah linoleum. | UMUM | |
SUNTIKAN AIR | Operasi menyuntikkan air ke dalam reservoir yang mengeluarkan minyak bagi penyenggaraan tekanan reservoir dan/atau membantu perolehan. Dengan demikian, suntikan air boleh digunakan untuk mengekalkan tekanan reservoir atau memperlambat kadar penurunannya, atau sebagai teknik perolehan sekunder. Operasi suntikan air telah digunakan oleh industri petroleum sejak tahun 1890 tetapi maklumat mengenainya hanya didokumentasikan sejak tahun 1922. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
KUDA LAUT | Kuda laut ialah ikan kecil yang dinamakan demikian kerana kepalanya menyerupai kuda kecil. Lebih kurang 25 spesies kuda laut hidup di laut tropika yang cetek. | UMUM | |
DEMAM SKARLET | Demam skarlet ialah penyakit berjangkit yang menyerang kanak-kanak terutamanya. Demam ini dinamakan demikian kerana ruam merah terang yang terjadi akibat penyakit ini. Demam skarlet pernah menjadi penyakit yang serius dan merebak. | UMUM | |