Nabi Idris a.s. ialah salah seorang daripada nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Nama Nabi Idris disebut di dalam al-Qur’an sebanyak dua kali. Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “ Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam kitab (al-Qur’an) ini perihal Nabi Idris, sesungguhnya adalah dia amat benar (tutur katanya dan imannya) serta dia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya”. (Surah Maryam 19:56–57) Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “ Dan (demikianlah pula) nabi-nabi Ismail, Idris dan Dhulkifli semuanya adalah dari orang-orang yang sabar”. (Surah al-Anbiya’ 21:85) |