Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan II


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONMOUTH, DUKE OF

Monmouth, Duke of (1649–1685) ialah orang

Inggeris yang mengetuai satu pemberontakan

yang gagal menentang Raja James II. Dia ialah anak

lelaki Charles II dengan seorang perempuan

Welsh bernama Lucy Walter. Dia berhak mewarisi

takhta England. Terdapat sedikit keraguan

mengenai keturunannya, tetapi Charles mengaku

Monmouth adalah anaknya.

UMUM 
MAHMUD II

Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.)

ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid

I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah.

Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan

nama Istanbul) dan menduduki takhta

pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV

pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan

dengan gerakan pembaikan dalaman bagi

menyusun semula kerajaan dan memerangi

gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam

Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini

mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam

Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan

dengan penyusunan tentera Turki dan

menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang

teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada

tahun 1241 H./1825 M.

UMUM 
PERTEMPURAN BOYNE

Pertempuran Boyne ialah pertempuran

muktamad dalam pergelutan di antara bekas Raja

James II England dengan penggantinya, William III,

untuk menguasai Ireland. Pertempuran itu berlaku

di tebing Sungai Boyne, di barat laut Dublin.

UMUM 
PERJANJIAN LIMERICK

Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang

menamatkan peperangan antara raja-raja England,

William III dengan James II. Orang Inggeris telah

menggulingkan James, yang bermazhab Roman

Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William

yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong

James yang dikenali sebagai Jacobites , mula

memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III

telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali

sehingga pada tahun 1691, mereka hanya

menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat

keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua

pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3

Oktober.

UMUM 
PERANG AL-MADHAR II

Perang al-Madhar II ialah nama tempat

berlakunya Perang al-Madhar yang diambil

sempena nama sebuah sungai. Peperangan tersebut

berlaku pada tahun 12 H./ 633 M. Peperangan ini

berlaku antara tentera Islam di bawah pimpinan

Khalid ibn al-Walid (r.a) dengan tentera Parsi.

UMUM 
NAPOLEON II

Napoleon II (1811–1832), Duke of Reichstadt, ialah

putera kepada Napoleon I dan Marie Louise dari

Austria. Napoleon I telah lama berharap untuk

mendapat putera yang bakal mewarisi empayarnya,

dan menerima kelahiran puteranya dengan begitu

gembira. Baginda menganugerahkan puteranya

dengan gelaran raja Rom.

UMUM 
JAMAL UL-KIRAM II

JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32.  dia lahir di Filipina.  Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32.  dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir.  Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya.  Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga   ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika.  Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH IISULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH II (   ?  -1597), Sultan Johor yang kelima (1571-1597). Nama sebenar baginda ialah Raja Omar. Baginda berkahwin dengan Raja Fatimah ibni Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor menggantikan putera baginda, Sultan Abdul Jalil Syah I yang mangkat pada tahun 1570.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MUZAFFAR SYAH IISULTAN MUZAFFAR SYAH II ( ? -1653), Sultan Perak yang ke-10 (1636-1653). Nama sebenar baginda ialah Raja Sulung.  Baginda adalah putera Raja Mahmud Ibni Raja Kasab, Siak.  Baginda menaiki takhta Perak pada ketika negeri itu di bawah kekuasaan Aceh.  Berikutan dengan serangan pihak Aceh ke atas Perak pada tahun 1619, ramai kerabat diraja Perak telah dibawa ke Aceh sebagai tawanan.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MUHAMMAD IISULTAN MUHAMMAD II ( ? -1956), Sultan Terengganu yang ke-12 (1918-1920). Baginda ditabal sebagai Sultan Terengganu setelah Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918.  Baginda menandatangani perjanjian dengan kerajaan British pada 24 Mei 1919.  Dalam perjanjian ini, Terengganu akan menerima seorang penasihat British yang akan menasihati dalam semua perkara mengenai pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat dan agama Islam.  Dia juga dikehendaki menyediakan laporan belanjawan tahunan untuk tahun 1919.  Penasihat British yang pertama dilantik ialah J.L. Humphreys.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123456

Kembali ke atas